Pemain Ajax, Calvin Bassey sangat terkejut dengan layanan pengurus pasukannya, Maurice Steijn di mana dia telah dimaki hamun oleh Steijn.
Baca Juga:
- Remko Pasveer, Daripada Pilihan Ketiga Di Ajax, Kini Wakili Belanda Ke Piala Dunia Pada Usia 39 Tahun
- Perak Bakal Tubuhkan Akademi, Mahu Gunakan Model Arsenal Dan Ajax Amsterdam
- Penyokong Ajax Kecewa UEFA Suruh Buang Logo ‘3 Little Birds’ Dari Jersi UCL
Ini apabila pengurus tersebut telah memaki hamun dan mencaruti pemain itu di hadapan pemain lain ketika di hotel.
Ianya gara gara gara Calvin Bassey menyatakan dia tidak mahu berpindah ke Fulham dan mahu terus setia bersama Ajax.
Fulham dan Ajax sudah mencapai kesepakatan harga untuk Calvin Bassey. Di mana Fulham sedia membayar bekas pemain pertahanan Rangers itu dengan harga £18 juta.
Pemain itu sepatutnya mengadakan ujian medikal dengan Fulham. Namun proses itu tidak dapat dilaksanakan kerana Bassey berkeras mahu terus bermain untuk Ajax.
Itu membuatkan pemain Ajax itu dimaki hamun oleh pengurus pasukan kerana dianggap tidak cuba memahami keadaan semasa.
Bassey benar benar sedih dan kecewa dengan kebiadapan jurulatihnya itu.
Bassey menyertai Ajax pada musim lalu dengan nilai perpindahan £20 juta.
Dia merupakan pemain bek kiri yang juga boleh bermain sebagai bek tengah.
Ajax pula rasa teruja menerima tawaran dari Fulham. Dan mahu menjual Calvin Bassey segera untuk membolehkan mereka membelanjakan wang itu bagi membeli pemain baharu untuk menguatkan skuad.
Steijn berkata: “Saya dah beritahu Calvin Bassey, adalah lebih baik dia meninggalkan Ajax.”
“Dan juga, kerana wang. Apabila dia pergi – kami boleh menguatkan skuad kami dengan sebaiknya. Saya sudah memberitahu dia perkara ini secara jujur.”
Ajax manager Steijn on Bassey-Fulham: “I told Calvin Bassey it would be better to leave Ajax”. ⚪️⚫️ #FulhamFC
“Also because of the money. When he leaves — we can strengthen the squad properly. I have told him this honestly”, told Telegraaf. pic.twitter.com/Jy4Qa7cjdz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 22, 2023
Ajax sekali lagi aktif menjual pemain mereka. Tindakan itu sebelum ini dikritik bekas kapten mereka, Dusan Tadic yang baru sahaja menamatkan kontraknya.
Ini selepas Tadic tidak berpuas hati dengan cara Ajax berurusan di jendela perpindahan. Lebih bertindak sebagai feeder club berbanding membeli pemain berkualiti.