Mohammed Kudus memberi ‘penghormatan yang sangat tinggi’ kepada pengadil selepas pengadil memutuskan untuk tidak melayangkan kad kuning kepada penyerang Ajax itu kerana membuka jersinya ketika kemenangan 4-0 ke atas Sparta Rotterdam Ahad lalu.
Baca Juga:
- Manchester United vs Leicester: Dua Gol Rashford Bantu Red Devils Menang Bergaya
- Newcastle vs Liverpool: Nick Pope Kad Merah Dan Terlepas Aksi Final Lawan Man United
- Nottingham Forest vs Man City: Guardiola Kecewa Seri Walaupun Bermain Bagus
Kudus menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang menarik dengan baki enam minit perlawanan untuk menjadikan kedudukan 4-0.
Pemain berusia 22 tahun itu menanggalkan jersinya dan menunjukkan penghormatan kepada Christian Atsu. Dia menunjukkan baju t-shirt yang bertulis ‘RIP Atsu’.
Jasad Atsu ditemui tidak bernyawa di Turki pada Sabtu selepas terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi yang melanda negara Turki dan Syria pada Isnin, 6 Februari.
Kali terakhir dia bermain untuk Hatayspor dan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-97 menentang Kasimpasa sehari sebelum gempa bumi melanda.
Pengurus pentadbiran Hatayspor Fatih Ilek kemudian mendedahkan Atsu sebenarnya sudah merancang untuk melawat keluarga selepas perlawanan tersebut.
Ini kerana, kelab memberikan cuti rehat kepada pemain selepas aksi tersebut.
Tetapi mendiang membatalkan tiket pesawatnya selepas menjaringkan gol dan bermain dengan baik dalam perlawanan tersebut.
Atsu mewakili Chelsea, Everton dan Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris, membantu The Magpies mememenangi promosi ke Liga Perdana Inggeris pada 2017.
Dia memperoleh 65 caps untuk Ghana di peringkat antarabangsa, menjaringkan 10 gol.
Rakan pemain antarabangsa dari Ghana, Kudus adalah salah seorang daripada beberapa pemain yang memberi penghormatan kepadanya dan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada pengadil Pol van Boekel kerana tidak memberikannya kad kuning.
Pengadil kemudian dilihat menyatakan sesuatu kepada pemain itu sebelum aksi disambung semula.
Those asking for the real conversation pic.twitter.com/LUkGsKOenp
— CoMMent ReaDers foɔ🔥🔥 (@Riquelme303) February 20, 2023
Kudus menjelaskan kepada wartawan selepas tamat perlawanan: “Kita memang mempunyai peraturan bola sepak tetapi ini di luar bola sepak, ini mengenai hidup dan mati.”
“Pengadil memberitahu saya ia tidak dibenarkan [menanggalkan jersi] tetapi dia faham kerana ini adalah situasi yang lebih besar daripada bola sepak. Penghormatan yang besar daripada saya kepada pengadil.”
Ajax kini berada di tangga kedua dalam Eredivisie di bawah kendalian John Heitinga sebagai interim sehingga akhir musim ini.
Ajax musim ini bergelut dengan prestasi mereka. Membuatkan kelab memecat Alfred Schreuder dan digantikan dengan Heitinga. Buat masa ini, Heitinga berjaya mengembalikan prestasi terbaik Ajax.