Pada hari ini ramai pemain bola sepak profesional yang cuba memberikan bantuan kepada orang ramai. Bukan kata mereka tak terkena impak kerana covid-19, namun mereka merasakan mereka lebih baik berbanding dengan ramai lagi yang lain.
Di England, Marcus Rashford antara pemain muda yang berjuang melawan kelaparan dengan melancarkan kempen bank makanan dan mengenakan tekanan ke atas kerajaan.
Ramai lagi pemain bola sepak profesional menunjukkan betapa bola sepak sebenarnya lebih daripada sekadar sukan di atas padang.
Everton fans thank Marcus Rashford for his campaign to feed hungry children đź‘Ź pic.twitter.com/gE339Zc3tf
— B/R Football (@brfootball) November 7, 2020
Di Perancis, seorang pemain muda berusia 21 tahun, Bryan Soumare telah memuat naik status yang menyentuh hati ramai pihak.
Walaupun Soumare hanya berpendapatan sekitar ÂŁ560 seminggu ataupun sekitar RM12,152 sebulan, namun pemain itu membuka peti mesejnya kepada orang ramai yang memerlukan bantuan.
Soumare berkata:
“Jika kamu dalam situasi yang kita ada sekarang ini, dan kamu tidak ada kerja [hilang pekerjaan] ataupun tidak mampu membeli makanan, jangan malu malu dan jangan ragu ragu untuk mesej saya secara peribadi.”
“Pasta, nasi, telur, susu, ataupun barang barang seperti itu, saya boleh bantu belikan untuk kamu.”
“Pastikan kamu tidak tidur dalam keadaan kamu dan anak anak kamu dalam kelaparan.”
“Siapa lagi kita nak cari [untuk dapatkan bantuan]? Kalau bukan sesama kita?”
Soumare kemudian menyatakan beliau tidak meletakkan sebarang nilai bantuan yang beliau mampu berikan. Malah tidak mengharapkan apa apa balasan.
Kerana baginya, amal kebajikan yang beliau buat adalah atas dasar kemanusiaan dan serahkan kepada tuhan untuk menilai niat murninya.
“Bantuan ini adalah antara kamu, saya dan tuhan [sahaja yang tahu]. Tidak ada orang akan tahu dan kamu jangan malu untuk tampil jika kamu benar benar memerlukan.”
Tindakan Bryan itu mendapat pujian ramai pihak, dan ramai juga yang terharu dengan kemuliaan hati pemain muda itu.
RMC terus menghubungi Bryan Soumare dan bertanya tentang perkembangan perkara itu.
Menurut Bryan: “Pada masa ini, saya berada di Belfort, berhampiran Sochaux. Sesiapa yang benar-benar memerlukan di Sochaux, Belfort, atau bahkan kawasan sekitarnya, saya akan bersedia memberikan apa yang mereka perlukan.”
“Bagi mereka yang agak jauh, kerana saya telah menerima banyak mesej sekarang ini, saya akan berusaha untuk membuat kutipan dana untuk mengumpulkan sebanyak mungkin wang dan kemudian bekerjasaman dengan persatuan kebajikan yang membantu mereka yang paling kurang bernasib baik.”
RMC juga bertanya sama ada beliau sudah mendapat sokongan daripada mana mana persatuan?
“Tidak lagi buat masa ini ini.”
Bryan menjelaskan, inilah pertama kali beliau cuba membantu orang di luar sana pada skala lebih besar.
Quand j’aide c’est entre toi, moi et dieu. Personne ne le saura donc n’aie pas honte et viens vers moi si tu as besoin ❤️❤️. " Ne mange pas chez celui qui criera qu’il t’a nourri " 🙅🏽‍♂️
— SoumarĂ© Bryan (@Bryan_Smr) November 9, 2020
Sebelum ini beliau hanya membantu orang terdekat dan rakannya. Dan beliau berharap mesej beliau sampaikan ini akan diikuti rakan rakannya yang lain, agar saling bantu membantu pada masa masa sukar ini.
“Saya sebelum ini banyak membantu orang lain, rakan, tetapi tidak dalam dalam inisiatif sebesar ini. Saya menyampaikan mesej kepada rakan saya kerana ia dekat dengan hati saya.”
“Saya juga pernah hidup susah ketika saya masih muda, saya tahu bagaimana rasanya kehilangan sesuatu. Melihat orang yang hilang sesuatu di dalam hidup mereka di Perancis, pada tahun 2020, ia sangat menyentuh hati saya.”
“Krisis kesihatan ini sangat berat, yang membuatksn ramai rakyat di negara kita berada dalam kesusahan, bagaimana anda menanggungnya?”
“Ia sangat menyentuh hati saya. Ada orang yang tidak mampu. Ada antara mereka yang tidak dapat bekerja [dipecat ataupun tidak boleh beroperasi] … Saya tidak dapat membayangkan sebuah keluarga yang terdiri daripada empat orang anak, ibu bapanya berusaha memberi mereka makan dengan sebaik mungkin.”
“Bagi saya, ini adalah yang terburuk dari yang terburuk.”
Bryan menyatakan beliau menerima banyak mesej dan ada juga yang menghantar mesej sokongan dan penghargaan di atas usaha murninya. Ianya membuatkan beliau lebih bersemangat untuk melakukannya.
Baca juga perkembangan lain
Klopp Dan Guardiola Bercakap Sesuatu Selepas Perlawanan, Ianya Berkaitan Dengan Pemain Gantian
EPL: City Dan Liverpool Kongsi Mata, De Bruyne Persiakan Peluang