Perlawanan tumpuan hujung minggu pastinya Manchester City berdepan dengan juara bertahan Liverpool.
Pep Guardiola tidak dapat menurunkan Sergio Aguero dalam perlawanan penting ini kerana kecederaan.
Sementara Liverpool mendapat sedikit kelegaan apabila Joel Matip kembali cergas.
Seperti dijangka, perlawanan bermula dengan intensif. Liverpool mendapat rentak lebih awal.
Manchester City agak bergelut pada awalnya dan banyak sekali dipaksa bertahan.
Pada minit ke-13, berpunca daripada kesilapan Kyle Walker, Liverpool dihadiahkan sepakan penalti.
Walker menjatuhkan Sadio Mane.
Mohamed Salah dengan tenang meletakkan pasukannya di hadapan.
🔴 🇪🇬 👑 Mohamed Salah has scored 80 #PL goals in 115 matches for @LFC since joining them in 2017, at least nine more than any other player in the competition in that time#MCILIV pic.twitter.com/yQG069kmrw
— Premier League (@premierleague) November 8, 2020
Manchester City kemudian berpeluang menyamakan kedudukan menerusi Raheem Sterling, tetapi percubaannya dihadang dengan cemerlang oleh Alisson Becker.
Diogo Jota memiliki peluang terbaik untuk menjaringkan gol dalam keadaan bercelaru di hadapan gol City. Namun rembatannya lemah dan tepat kepada Ederson.
Pada minit ke-31, gol yang dicari cari oleh City akhirnya menjelma. Ianya berpunca daripada kreativiti De Bruyne yang menghantar bola ke dalam kotak penalti.
Gabriel Jesus dengan tenang melakukan trap control menewaskan Trent Alexander Arnold, lalu Jesus mudah menolak masuk.
The turn. The finish. ✨
Gabriel Jesus equalises for Manchester City 🤙 pic.twitter.com/fddilq8r0D
— B/R Football (@brfootball) November 8, 2020
Manchester City mendapat peluang terbaik untuk mendapat 3 mata menerusi penalti yang diberikan pengadil pada minit akhir babak pertama.
Namun ‘Mr Reliable’ mereka, Kevin De Bruyne tersasar percubaannya.
1 – Kevin De Bruyne's penalty is the first to miss the target completely in a @premierleague game since October 2018, when in the same fixture at Anfield, Riyad Mahrez blazed over against Liverpool for Manchester City. Spooky. #MCILIV pic.twitter.com/OesSCn9NSk
— OptaJoe (@OptaJoe) November 8, 2020
Pada separuh masa kedua, perlawanan agak membosankan. Namun City tetap memiliki peluang terbaik untuk menambah gol.
Ianya berpunca daripada hantaran lintang pendek Cancelo kepada yang mewujudkan situasi tandukan bebas. Malang sekali tandukan Gabriel Jesus terssasar.
Liverpool dan City kemudian lebih berhati hati dan mengelak daripada dibolosi.
Perlawanan berakhir 1-1 dan Liverpool akhirnya turun daripada kedudukan tangga teratas.
City mencatatkan seri ketiga mereka musim ini. Dan berada di tangga ke-11.
Baca juga perkembangan lain
Alasan Fernandes Abaikan Peluang Hatrik Dan Memilih Untuk ‘Assist’ Cavani
10 Wonderkids Dalam FM Yang Benar Benar Berjaya Di Dunia Sebenar