Pemain perancang tengah Manchester United, Bruno Fernandes memberikan komen beliau mengenai keputusannya untuk memberikan bantuan gol untuk Edinson Cavani.
Sedangkan beliau berpeluang untuk mencetak hatrik dalam kedudukan tersebut.
Menurut Fernandes, beliau menganggap bahawa gol pertama Cavani untuk ManchesterUnited jauh lebih penting daripada dia menjaringkan hatrik.
Dalam perlawanan di Goodison Park, Manchester United menang 2-1. Dua gol Man United adalah dijaringkan oleh Bruno Fernandes pada separuh masa pertama.
Dan pada masa kecederaan, Fernandes mempunyai peluang keemasan untuk melakukan hatrik setelah dia berdepan satu lawan satu dengan Jordan Pickford.
https://twitter.com/i/status/1325085003882049540
Tetapi Fernandes dengan baik hatinya melorongkan bola kepada Cavani.
Fernandes berkata: “Saya tidak perlu memikirkan hatrik,” kata Fernandes kepada BBC.
“Saya memberikan hantaran untuk Edi kerana menjaringkan gol adalah sangat penting untuk keyakinan penyerang.”
“Dia akan menjadi pemain penting bagi kami dan gol ini akan menjadikannya lebih yakin.”
Fernandes juga membincangkan gol keduanya dalam perlawanan ini. Dia mengakui bahawa dia tidak keberatan jika gol itu menjadi milik Rashford.
Dia menganggap tugasnya lebih banyak untuk mencipta peluang kepada rakan sepasukan daripada menjaringkan gol.
“Saya tidak peduli jika bola terkena kepala Marcus sedikit dan gol itu miliknya, saya tidak keberatan.”
“Perkara yang paling penting bagi saya sebagai pemain No.10 adalah mencipta peluang kepada rakan sepasukan saya.” katanya.
Baca juga perkembangan lain
Lazio Berdepan Penyingkiran Serta Merta Kerana Menipu Ujian Covid-19
Solskjaer Yakin Dia Orang Paling Tepat Kendalikan Kelab Terbesar Di Dunia