Vinicius Jr telah dilabel badut oleh jurucakap rasmi Lembaga Pengarah Barcelona iaitu, Mikel Camps kepada akhbar Sepanyol, COPE.

Baca Juga:

Minggu lalu, Vinicius meluahkan kekecewaannya kerana satu lagi serangan rasis dia terima ketika aksi menentang Sevilla. Di mana Vinicius memuat naik gambar seorang penyokong Sevilla mengejeknya dengan gaya monyet.

Mikel Camps pula menyokong bahawa Vinicius layak diejek oleh penyokong. Kerana sikap pemain itu yang provokatif di atas padang. Dia menegaskan Vinicius seorang badut yang suka menganjing lawan dan penyokong lawan dengan skil di atas padang.

Camps berpendapat ejekan ke atas Vinicius hanyalah bentuk troll dalam bola sepak dan bukannya berbaur perkauman.

Real Madrid menang 2-1 ke atas Braga dalam aksi UCL. Namun komen Camps menjadi perhatian ketika dia berkata: “Ejekan itu bukannya perkauman, dia [Vinicius] memang patut kena lempang kerana menjadi badut.”

“Kenapa dia suka melakukan gerakan tak berguna dan stepover tak ada tujuan di tengah tengah padang?”

Rodrygo, rakan sepasukan Vinicius membalas kritikan itu dengan mempersoalkan, kenapa Camps bercakap begitu?

Rodrygo berkata: “Saya tak tahu kalau saya ni berhak bersuara. Kerana mereka sentiasa menggalakan kami agar tidak memberikan komen. Namun itu komen yang jelik.”

“Tak ada apa boleh cakap lagi, perbuatan dia hodoh sekali,” kata Rodrygo mengecam sikap Mikel Camps.

Vinicius musim lalu pernah diejek kerana suka menari di atas padang. Kritikan itu malah disokong oleh pemain Atletico Madrid. Di mana Koke menyatakan Vinicius sudah diberikan amaran agar tidak berjoget di Wanda Metropolis.

Ramai pemain terutama bintang dari Brazil memberikan sokongan kepada Vinicius.

Vinicius malah sempat membalas dendam dengan menari di hadapan penyokong Atletico meraikan kemenangan pasukannya.

La Liga: Real Madrid Tewaskan Atletico, Vinicius Menari Diamkan Penyokong Rasis