Selepas meninggalkan Turin kira-kira enam tahun lalu, Paul Pogba dilihat akan kembali semula ke bandaraya metropolitan tersebut selepas beliau disahkan mencapai persetujuan untuk menyarung jersi Juventus.
Perpindahan secara percuma dari Manchester United itu disahkan oleh wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano yang mengatakan perjanjian akan dimeterai kedua-dua belah pihak pada awal Julai nanti.
Seperti yang diketahui, Pogba meninggalkan Juventus untuk menyertai Manchester United pada musim 2016/17 sebagai rekod perpindahan termahal pada ketika itu dengan nilai £89.3 juta.
Kini kembalinya semula beliau ke Juventus tanpa sebarang bayaran selepas kontrak beliau tamat pada penghujung bulan ini. Satu keadaan yang serupa [perpindahan percuma] ketika gergasi Serie A itu mula membawanya ke Allianz Stadium pada 27 Julai 2012.
Paul Pogba to Juventus, confirmed and here we go! Full agreement now completed on a free transfer. Deal to be signed at the beginning of July, it’s done and sealed. 🚨⚪️⚫️ #Juve
Pogba will be in Italy in two weeks. Juve sold him for €100m six years ago – now he’s back for free. pic.twitter.com/YNyyOlmSUE
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 23, 2022
Ketika fasa keduanya bersama Manchester United, Pogba telah membuat 226 penampilan dalam semua pertandingan dengan menjaringkan 39 gol serta mencipta 51 bantuan jaringan.
Kejayaan manis yang dilakarkan Pogba bersama The Red Devils adalah sewaktu muncul juara Liga Europa dan Piala Liga 2016/17 dimana ia merupakan musim pertama beliau kembali semula ke Old Trafford.
Fabrizio mendedahkan bahawa pengendali Manchester City, Pep Guardiola juga cuba memujuk Pogba untuk menyertai kelab bimbingannya tetapi hati pemenang Piala Dunia 2018 itu jelas lebih terpaut dengan Juventus.
Pogba sebelum ini mengejutkan dunia bola sepak dengan pendedahan beraninya di dokumentari khas mengenainya yang bertajuk ‘The Pogmentary’.
Antara perkara yang mencuri tumpuan ialah beliau menolak perjanjian besar berkaitan tawaran gajinya bernilai £300 seminggu dari Manchester United dan Paul Pogba mengibaratkan tawaran itu sebagai ‘tiada apa-apa’ kerana menganggap kelab tersebut tidak menepati janji mereka.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Zinedine Zidane Dedahkan Sebab Utama Tak Mahu Bimbing Man Utd
Piala AFC: Safee Sali Teringat Jaringan Menarik Ketika Bersama JDT Pada Tahun 2015