Esok wakil Liga Super iaitu Kuala Lumpur City (KL City) akan memulakan kempen Piala AFC (AFC Cup) musim 2022 menentang PSM Makassar di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).
Safee Sali merupakan satu-satunya pemain dalam pasukan itu yang pernah menjulang Piala AFC selepas melakukannya bersama Johor Darul Ta’zim pada tahun 2015.
Malah, Safee juga merupakan pemain yang paling berpengalaman dalam skuad KL City di pentas Asia selepas menjaringkan 10 gol dalam 22 perlawanan ketika mewakili Selangor dan JDT di antara 2010 sehingga 2016.
Beliau turut teringat jaringan ‘sepakan gunting’ yang menarik ketika menentang kelab India, East Bengal sehingga dipilih antara 5 gol akrobatik terbaik yang pernah disaksikan dalam pertandingan itu sehingga menjadi bualan para peminat bola sepak di Asia.
“Ini mengimbau kembali masa saya menang pada 2015 dan membuat gol yang menarik. Ia adalah kejayaan yang berlainan dalam karier saya. Bersama KL, saya harap ada pencapaian tersendiri dalam Piala AFC.
“Kita boleh bersaing dengan pasukan-pasukan Asia dan pemain-pemain import mereka. Tiada masalah. Kalau kita ikut perancangan pasukan kita boleh catat kemenangan,” kata Safee dipetik dalam laman web rasmi KL City FC.
Safee juga mempunyai matlamat sendiri dan berpeluang untuk menyamai pencapaian R. Gopinathan, pemain tunggal dari Malaysia yang berjaya menjaringkan gol untuk tiga kelab berlainan dalam pertandingan kelab Asia.
“Saya memang nak menjaringkan gol untuk membantu pasukan KL.” kata Safee yang telah melakar 25 gol untuk Kuala Lumpur sejak 2003.
“Kalau boleh, saya harap dapat masa permainan untuk bantu KL tetapi itu bergantung kepada perancangan jurulatih.” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai Safee Sali melalui pautan dibawah.
Safee Sali Bersaing Sengit Dengan Nguyen Van Quyet Rebut Anugerah Gol Akrobatik Terbaik AFC Cup
Safee Sali Gesa Kim Pan-gon Segera Fahami Budaya Bola Sepak Malaysia
Safee Sali: Projek Naturalisasi Antara Punca Kegagalan Pasukan Negara