Pemain tengah kelab Al-Jazira dalam saingan UAE Arabian Gulf League, Omar Abdulrahman kini mula dikaitkan dengan perpindahan ke saingan India Super League mulai musim hadapan.
Kelab yang dikatakan cuba memancing khidmat pemain tersohor dari UAE itu, ATK FC atau lebih dikenali dengan nama Atletico de Kolkata, merupakan juara saingan HERO India Super League musim 2020.
Berdasarkan data kehadiran penyokong ke stadium untuk musim terkini, ATK FC nampaknya memiliki fanbase yang cukup kuat apabila merekodkan 258,469 orang hadir menyaksikan perlawanan mereka sepanjang musim dengan purata setiap perlawanan sekitar 25,847 penonton.
Menurut beberapa sumber media sukan di India, ATK FC dilihat cuba untuk mendapatkan pemain-pemain yang memiliki kualiti untuk bersaing dalam kejohanan AFC Champions League musim hadapan dan Omar Abdulrahman bakal menerajui bahagian tengah pasukan yang berpangkalan di Kolkata itu.
The playmaker is strongly linked with a move to join the ISL champions. Can @ATKFC pull off the signing one of the current best Asian players? ✍️⚽️ #IndianFootball #HeroISL #ATK #TransferNews #TransferMarket #TransferRumours pic.twitter.com/OPjo04ZAh2
— Superpower Football (@SuperpowerFb) May 11, 2020
Dengan status Amoory yang pernah menggondol anugerah sebagai Asian Footballer of the Year 2016 serta MVP AFC Champions League 2016, jelas pengalaman yang dimiliki olehnya amat ditagih oleh ATK FC untuk saingan bola sepak paling elit di Asia itu.
ATK FC sebenarnya tidak asing lagi apabila dikaitkan dengan nama-nama besar dalam bola sepak kerana sejak penubuhan kelab itu, pemain-pemain tersohor dunia pernah membarisi pasukan seperti Luis Garcia, Helder Postiga dan Robbie Keane.
Kelab ini pada awal penubuhannya adalah milik bersama dengan gergasi bola sepak Sepanyol Atletico Madrid selama 3 musim pertama sebelum taikun Sanjiv Goenka membeli semua saham milik kelab dari Sepanyol itu dan nama ditukar kepada ATK FC.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
FIFA Arahkan Kelantan Bayar RM631,000 Kepada Cassio de Jesus Dalam 30 Hari Atau Digantung
Kelab Thai League 3 Sah Tamatkan Kontrak Zafuan Azeman, Angthong FC ‘Lumpuh’ Akibat COVID-19