Skuad kebangsaan UAE hari ini menerima tonik baru apabila bekas pemain terbaik Asia 2016, Omar Abdulrahman menyatakan beliau cergas dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan bertemu Malaysia malam ini.

Lebih dikenali dengan panggilan Amoory, beliau terlepas banyak perlawanan kompetitif sejak bulan Oktober 2018 apabila mengalami kecederaan ACL ketika beraksi untuk kelab Al-Hilal.

Kini, Amoory baru sahaja menandatangani kontrak bersama kelab Al-Jazira memberitahu media bahawa beliau sudah bersedia untuk kembali ke dalam skuad utama UAE. Keyakinan itu diluahkan apabila beliau sebelum ini telah diturunkan dalam perlawanan persahabatan bertemu Sri Lanka di Bahrain selama 20 minit.

“Saya bersedia untuk diturunkan apabila jurulatih memerlukan saya dalam perlawanan.”

“Saya telah turun beraksi untuk pasukan dalam perlawanan di Bahrain. Saya berharap kami akan mendapat 3 mata. Kami (pemain, pasukan teknikal dan pengurusan), semuanya tahu mengenai betapa pentingnya fasa pusingan kelayaan”

Menurut Omar Abdulrahman lagi, mereka akan lebih fokus kepada pusingan kelayakan ‘step-by-step‘ dan kini fokus utama adalah kepada perlawanan bertemu Malaysia malam ini.

Perlawanan Malaysia bertemu UAE malam ini merupakan perlawanan kompetitif pertama ketua jurulatih mereka Bert van Marwijk selepas mengambil alih jawatan tersebut dari Alberto Zaccheroni yang meletakkan jawatan selepas skuad UAE tewas 0-4 kepada Qatar diperingkat separuh akhir kejohanan Piala Asia bulan Januari 2019 yang lalu.

3 artikel menarik lain berkaitan perlawanan Malaysia bertemu UAE untuk dibaca dengan segera.

UAE Guna ‘Drone’ Untuk Pantau Sesi Latihan Menjelang Pertemuan Dengan Malaysia

21 Ribu Tiket Perlawanan Antara Malaysia Menentang UAE Sudah Terjual

5 Pemain UAE Yang Perlu Diawasi Oleh Skuad Harimau Malaya