Beberapa media dari UAE melaporkan bahawa sesi latihan skuad bimbingan Bert van Marwijk menggunakan ‘drone’ untuk memantau pergerakan pemain menjelang pertemuan dengan Malaysia malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Penggunaan ‘drone’ dalam sesi latihan mungkin bukan sesuatu yang baru tetapi ini memperlihatkan bahawa pasukan UAE melakukan persiapan rapi membentuk pasukan ke tahap semaksima mungkin untuk menghadapi Malaysia.
Seperti yang dikatakan oleh Bert van Marwijk dalam sidang media beberapa jam yang lalu, beliau tidak memandang mudah perlawanan bertemu Malaysia walaupun mempunyai keyakinan tinggi kepada anak buahnya.
الجهاز الفني لـ منتخبنا الاماراتي يصور تدريبات الأبيض بطائرة «درون» لكشف الثغرات ، ومحاولة تفاديها في لقاء الغد امام منتخب ماليزيا !#منتخب_الإمارات#الإمارات_ماليزيا pic.twitter.com/h6Mex38gm0
— حصري الرياضة (@7ASRI_SPORTS) September 9, 2019
Berdasarkan kemaskini video di laman sosial Instagram rasmi skuad kebangsaan UAE yang memuat naik visual berdurasi 90 saat dibawah seperti mengesahkan bahawa Bert van Marwijk mengarahkan pasukan teknikal UAE untuk merekodkan visual bagi tujuan analisa bersama para pemain.
Video diatas memaparkan beberapa ‘shot’ menggunakan ‘drone’ ketika mereka menjalani latihan di padang latihan Sime Darby Bukit Jelutong sejak tiba di Kuala Lumpur selain menggunakan Stadium KLFA Cheras.
Walaupun sebelum ini UAE berjaya membelasah Malaysia dengan jaringan yang besar, Omar Abdulrahman dan juga Bert van Marwijk enggan berpegang kepada perkara itu dan menyifatkan itu semua sudah menjadi sejarah.
Berdasarkan dari reaksi mereka semasa sidang media awal hari ini, nampak seperti mempunyai keyakinan tetapi dalam masa yang sama tetap berhati-hati untuk berdepan Malaysia esok.
Baca 3 artikel menarik menjelang pertemuan Malaysia dengan UAE malam esok.
21 Ribu Tiket Perlawanan Antara Malaysia Menentang UAE Sudah Terjual
Bert van Marwijk: Malaysia Miliki Pemain Yang Pantas Dan Kemahiran Teknikal Yang Baik