Ole Gunnar Solskjaer telah membalas balik dakwaan Frank Lampard dan Jose Mourinho yang menuduh Manchester United telah mendapat manfaat daripada VAR yang memihak kepada mereka.
Menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA pada hari Ahad, pengurus Chelsea, Lampard mengatakan bahawa United “mendapat beberapa kelebihan” ketika aksi Liga Perdana baru-baru ini.
Sementara itu bos Tottenham, Mourinho juga menuduh kelab lamanya “bertuah” kerana VAR.
United telah dihadiahkan 13 penalti pada 2019/20, salah satu rekod untuk musim Liga Perdana Inggeris.
Insiden yang masih panas adalah penalti ketika pelanggaran melibatkan Bruno Fernandes dalam kemenangan 3-0 di Aston Villa. Di mana dalam insiden itu sebenarnya Fernandes yang memijak kaki pertahanan lawan.
Dalam kemenangan 2-0 pada hari Khamis di Crystal Palace – Victor Lindelof berjaya mengelak daripada dihukum VAR selepas menjatuhkan Wilfried Zaha di kawasan penalti.
Sementara Jordan Ayew pula hanya mampu melihat gol beliau yang ditarik VAR kerana ofsaid sedikit.
Solskjaer, bagaimanapun, mengatakan tuduhan itu tak berasas. Kerana menurut beliau, United sendiri kerap menjadi mangsa keputusan yang boleh dipersoalkan.
Seperti kekasaran oleh Oriol Romeu kepada Mason Greenwood yang berlaku ketika aksi seri 2-2 dengan Southampton.
Pengurus United itu menyatakan naratif VAR sengaja diadakan untuk memberikan tekanan kepada United.
“Berapa lama masa kita ada hari ini? Saya boleh duduk di sini selama berjam-jam sekarang dan cuba membincangkannya.”
“Sepertinya ada penceritaan. Sepertinya ada orang ingin mempengaruhi sesiapa sahaja yang membuat keputusan.”
“Saya mendengar orang bercakap tentang nasib, menuduh bahawa kita lebih bertuah.”
“Bercakap mengenai bertuah, penalti yang kami dapat ketika berdepan Tottenham pada saat-saat terakhir tidak diberikan kepada kami.”
“Mungkin ia akan memberikan dua mata tambahan untuk kami.”
“Bercakap mengenai kad merah yang seharusnya Romeu dapat ketika menerjah Mason Greenwood yang hampir lumpuh, itu seharusnya kad merah.”
“Mungkin itu akan membantu kami mendapatkan kemenangan.”
Solskjaer hits back over claims VAR favours #MUFC 👇https://t.co/aLHoytpKq8
— Charlotte Duncker (@CharDuncker) July 18, 2020
“Bercakap pula tentang Mark Noble, di mana dia seharusnya diusir keluar padang ketika kami kalah di West Ham [pada bulan September].”
“Jadi, saya yang seharusnya mengeluh bahawa kami mendapat beberapa keputusan yang tidak memihak kepada kami oleh pengadil di atas padang.”
“Ada naratif di sana tetapi kami harus fokus pada permainan kami. Kami membiarkan orang lain membicarakannya.”
“Sekiranya anda melihat keputusan secara fakta – saya tidak mahu terdengar seperti pengurus tertentu yang membicarakan fakta – tetapi jika anda offside, anda ‘ offside. Itu jelas.”
Solskjaer seolah oleh mengajuk Rafa Benitez yang pernah berhujah dengan mengeluarkan perkataan fakta berkali kali ketika tidak berpuas hati dengan Man United.
Frank Lampard said VAR goes in Manchester United's favour…
And now Ole Gunnar Solskjaer has hit back 👀 https://t.co/oRsE6tZW3P
— GOAL (@goal) July 18, 2020
“Membicarakan keputusan sebenarnya yang telah dibuat yang tidak berpihak kepada Man United tetapi ia telah ditarik balik dan diperbetulkan.”
“Saya cukup santai dan ini akan membuat keputusan objektif dan tidak akan dipengaruhi oleh emosi apa pun.”
“Saya tidak mahu terlalu banyak memperkatakannya kerana saya mungkin berada dalam masalah. Saya harap saya bukan sekarang!”
“Saya cukup tenang dengan perkara ini dan pengadil akan membuat keputusan objektif dan tidak akan dipengaruhi oleh emosi apa pun.”
Baca juga perkembangan lain
Piala FA: Arsenal Ke Final, City Gagal Pertahankan Kejuaraan