Martin Odegaard menyatakan bahawa dia menyertai Arsenal untuk memenangi UCL dalam masa beberapa tahun lagi. Terlebih dahulu pemain antarabangsa Norway itu mahu membantu Arsenal mara ke pentas UCL sekali lagi.
Arsenal ketika ini agak jauh di belakang pesaingnya dari segi keupayaan menjuarai kejuaraan elit eropah itu. Malah mereka gagal walaupun untuk beraksi di Liga Persidangan Eropah sekalipun pada musim ini.
Kali terakhir Arsenal beraksi dalam Liga Juara Juara Eropah adalah pada 2017. Selepas itu, Arsenal menjadi pasukan regular dalam Europa League, sehinggalah mereka langsung tiada malam eropah pada musim ini.
Arsenal memulakan musim dengan 3 kekalahan dengan kekalahan terakhir sebelum rehat antarabangsa adalah kalah 0-5 di tangan Man City.
Walaupun keadaan jelas tidak memihak buat masa ini, bintang Norway, Martin Odegaard tetap optimis akan peluang pasukannya untuk bangkit dan mara ke UCL musim hadapan.
Bercakap kepada Sky Sports, Odegaard berkata: “[Saya mahu membantu] kelab untuk mendaki carta liga, dekat dengan puncak liga, dan bertarung untuk mendapatkan slot ke eropah dan berjuang untuk memenangi piala.”
“Pada pandangan saya, musim ini, jelas sekali kami mahu kembali beraksi di eropah. Itu adalah sangat penting buat kami, para pemain, untuk kelab ini dan penyokong.”
“Dan kemudiannya, saya berharap, dalam tempoh tersebut, kami memenangi trofi, memenangi Juara Juara Eropah, dan berharap untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dalam masa beberapa tahun ini.”
“Saya rasa itu adalah niat semua orang, kelab ini harus berada di kemuncak, harus bermain di eropah dan saya rasa semua orang setuju akannya.”
Martin Odegaard on his ambitions at Arsenal 🗣️:
"We want to get back to European football and then hopefully with time win trophies and win the Champions League and win the league within a couple of years" pic.twitter.com/JhOp05j4Mp— Egal Talks Football (@EgalTalksFB) September 10, 2021
“Ini bukanlah perkara yang kami semua banyak bincangkan, tetapi inilah yang berlaku jika berada dalam kelab ini. Itulah standard [Arsenal].”
Martin Odegaard wants to win the Premier League and Champions League at Arsenal 🏆 pic.twitter.com/bQ9ulw4OTY
— ESPN FC (@ESPNFC) September 10, 2021
Arsenal akan berdepan Norwich minggu ini, dalam usaha mereka mencari mata pertama dalam kempen musim ini.
Norwich juga sama seperti Arsenal, tewas kesemua 3 perlawanan awal. Pengurus Norwich, Daniel Farke menyatakan, jelas sekali Arsenal adalah pasukan pilihan.
Baca juga artikel
Barcelona Masih Berhutang £1.16B Walaupun Sudah Melepaskan Messi, Griezmann Dan Ramai Lagi
Messi Kini Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Amerika Selatan, Atasi Pele
Maaf Fernandes, Ronaldo Kini Pelaksana Utama Penalti Dan Sepakan Percuma