Barcelona sudah melepaskan beberapa pemain mereka dengan pelbagai cara, termasuk secara jualan, pinjaman dan juga dilepaskan.
Lionel Messi antara pemain yang terpaksa dilepaskan oleh Barcelona dalam usaha mereka mahu mengurangkan beban gaji pemain serta beban hutang kelab.
Harus diakui langkah pro aktif itu membantu mengurangkan hutang kelab.
Tetapi oleh kerana hutang mereka terlalu besar, angka hutang kasar Barcelona masih di atas £1 billion.
Barcelona sebelum ini berbelanja sangat besar terutama sekali dalam pembelian pemain yang berimpak rendah.
Misalnya, Barcelona mendapatkan 3 pemain pada harga di atas EUR100 juta dalam jarak masa 2 tahun. Coutinho, Dembele dan Griezmann adalah nama yang membuatkan Barcelona membelanjakan wang besar untuk seorang pemain.
Namun ketiga tiga pemain itu sangat sedikit sumbangan kepada kelab. Dembele dibelenggu masalah kecederaan. Coutinho masih gagal menjadi pemain kesebelasan utama.
Griezmann sudah diperakui satu kegagalan dari segi perniagaan. Di mana Barcelona terpaksa melepaskan pemain itu ke Atletico secara pinjaman dan klausa pembelian tetap terkandung pada kontrak.
Bulan lalu Laporta menyatakan bahawa hutang Barcelona berada di paras £1.16 billion. Dan Barcelona berterusan cuba untuk memastikan angka itu akan terus dikurangkan.
Griezmann, Junior Firpo, Emerson Royal, Ilaix Moriba, Jean-Clair Todibo, Miralem Pjanic dan Francisco Trincao kesemuanya sudah dilepaskan, sama seperti Messi. Ia membantu Barca mendapat £111.5 juta daripada jualan dan pengurangan gaji.
Paling sedih, Emerson Royale yang dibeli dan dijual pada satu jendela perpindahan yang sama.
Barcelona musim ini membelanjakan wang perpindahan mereka seminimum yang mungkin. Ramai pemain datang secara percuma – yang merupakan pilihan utama kelab pada masa ini.
Sergio Aguero, Memphis Depay dan Eric Garcia antara pemain yang datang secara percuma.
Seterusnya Barcelona juga cuba membina semula kelab mereka daripada bakat akademi La Masia.
Ansu Fati diberikan no.10, sebagai bukti kepercayaan kelab kepada bakat akademi mereka sendiri selepas pada era Bartomeu, bakat bakat La Masia semakin terasing daripada pasukan utama.
Our new number 🔟
Made in La Masia 💙❤️
⭐️ @ANSUFATI ⭐️ pic.twitter.com/co6NcpjxOx— FC Barcelona (@FCBarcelona) September 1, 2021
Barcelona pastinya tidak sabar menantikan kehadiran penyokong penuh ke Nou Camp sekali lagi untuk membantu menambahkan pendapatan mereka secara lebih tinggi.
Barcelona have offloaded players left, right and centre – including Lionel Messi – and are still shackled by more than £1bn of debt. Where do they go from here?
— Sky Sports (@SkySports) September 9, 2021