Peluang Man United untuk berada dalam ‘driving seat’ persaingan ke Liga Juara-Juara diganggu oleh Michael Obafemi yang menjaringkan gol pada masa kecederaan minit ke-96.
Keputusan Court of Arbitration for Sport untuk mencabut semula larangan bermain di Eropah untuk dua musim untuk Manchester City bermaksud, United perlu berada dalam 4 teratas untuk ke UCL.
United kelihatan bersedia untuk menduduki tempat ketiga setelah Marcus Rashford dan Anthony Martial mengubah keputusan setelah mereka ketinggalan menerusi gol pembukaan awal Stuart Armstrong.
Namun malang buat United, mereka akhirnya seri 2-2 dalam aksi ini.
LATE drama at Old Trafford 😍 pic.twitter.com/oLP6jUJ2Xl
— Southampton FC (@SouthamptonFC) July 13, 2020
Pasukan Ole Gunnar Solskjaer kekal di tangga kelima setelah melepaskan peluang untuk mendahului Chelsea dan Leicester. Dan jelas sekali kekecewaan pada wajah Ole Gunnar Solskjaer pada tamat perlawanan.
Namun begitu, anak-anak buah Ralph Hasenhuttl berhak mendapat sesuatu daripada perlawanan ini selepas aksi yang bertenaga dan menjadi pasukan lebih baik pada separuh masa kedua.
Tekanan berterusan mereka pada awal perlawanan memaksa Paul Pogba melakukan kesilapan awal yang dihukum oleh Armstrong.
Tetapi United memberikan respons segera yang mengingatkan kita kepada United yang sebenar dahulu.
Marcus Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-20.
Tiga minit kemudian, giliran Anthony Martial pula menambah gol untuk memberikan United pendahuluan.
Nathan Redmond menguji David De Gea dengan lencongan cantik. Namun penjaga gol no.1 Sepanyol itu melakukan save luar biasa.
Pada masa kecederaan, di kala United sudah berkira kira meraikan 3 mata, Obafemi telah melakukan gerakan licik memperdaya Victor Lindelof dan menjaringkan gol penyamaan.
Perlawanan berakhir dengan seri 2-2.
Baca juga perkembangan lain
Apa Dah Jadi Dengan Leicester, Kini Impian Ke UCL Kian Hancur