Sebelum liga dihentikan, Leicester merupakan pasukan yang sangat cemerlang.
Malah pada satu ketika mereka menjadi pesaing kejuaraan musim ini.
Namun begitu, selepas liga dihentikan sementara dan disambung semula, ternyata segalanya telah berubah buat The Foxes.
Di mana mereka kini dilihat sedang melihat impian ke UCL mereka berkecai selepas satu lagi kekalahan.
Semalam Leicester dibelasah oleh pasukan bawahan liga Bournemouth 4-1.
Jamie Vardy meneruskan prestasi cemerlang di hadapan gol dengan gol pembukaan minit ke-23.
Junior Stanislav menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah menerusi penalti.
Leicester melengkapkan kebangkitan 4 gol mereka dengan dua gol oleh Dominic Solanke. Dan lebih malang, satu jaringan sendiri daripada Jonny Evans.
"I'm just happy they came now at a time like this" 😃
Dominic Solanke is delighted to get his first Premier League goals for Bournemouth in their 4-1 win over Leicester 👇 pic.twitter.com/ivcH447dYx
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 12, 2020
Brendan Rodgers meminta maaf kepada penyokong di atas kekalahan yang tidak boleh diterima menurutnya.
“Saya nak meminta maaf kepada semua penyokong di atas kekalahan yang tidak boleh diterima pasukan Leicester.”
3 – Leicester are the first side to have a player sent off, concede a penalty and score an own goal in a single Premier League game since Wolves against Man City in January 2019. Crumbled. #BOULEI pic.twitter.com/RzKbFTKOqw
— OptaJoe (@OptaJoe) July 12, 2020
“Kamu tidak boleh buat macam tu dan saya tak pernah lihat aksi seteruk itu sejak saya di sini. Ianya sangat mengecewakan. Kami hilang semangat dan disiplin.”
Leicester hanya menang sekali daripada enam perlawanan sejak liga disambung semula. Hanya mengutip enam mata. Jatuh daripada tangga ketiga ke tangga keempat.
Mereka kini berpotensi duduk di tangga kelima, jika Man United menewaskan Southampton.
At lockdown, Leicester were eight points in front of Man Utd and they had a better goal difference by 16. Now the gap is one point and three goals – and United have a game in hand.
— Simon Stone (@sistoney67) July 12, 2020
Baca juga perkembangan lain
Nasib Man City Diketahui Isnin Ini, Dijangka Bakal Terlepas Dari Hukuman