Pemain muda keturunan Indonesia-Finland, Nyoman Paul Aro baru-baru ini menyatakan keinginannya untuk menyarung jersi skuad Garuda bawah 19 tahun (B-19) bagi menghadapi Kejohanan AFC B-19 dan juga Piala Dunia B-20 pada tahun depan.

Nyoman yang dilahirkan di Singaraja, Bali mempunyai bapa yang berasal dari Finland. Sejak usia 16 tahun, beliau mengikut ayahnya berhijrah ke Sweden dan bakat bola sepaknya mula dipupuk di sana.

Minggu lepas, beliau telah menandatangani kontrak profesional selama dua tahun dengan kelab Sweden, Skovde AIK B-19 yang beraksi dalam liga divisyen 2 B-19.

“Saya dulu tidak banyak bermain bola sepak di Bali kerana saya bermula dari sukan Futsal. Ketika itu, kemudahan untuk bermain bola sepak di Bali masih belum ada.

“Saya bertuah dapat ikut bapa ke Sweden dan ‘passion’ saya dalam bola sepak dibentuk di sana. Jadi, saya minta kebenaran bapa saya untuk tinggal di Sweden belajar bermain bola sepak,” katanya melalui YouTube Bali Football.

nyoman_paul-169
Nyoman Paul Aro

Nyoman juga sanggup melepaskan status warganegara Finland dan memilih untuk menjadi rakyat Indonesia bagi mencapai cita-citanya beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Pasport Finland ini saya sudah ada dari dulu. Tetapi saya mohon kepada duta besar Finland untuk mengembalikan pasport Finland demi mendapatkan status warganegara Indonesia.

“Jadi, pasport Finland ini sudah ada bukan kerana saya tinggal di Sweden,” kata bek tengah itu.

Beliau juga mengakui telah dihubungi oleh pembantu jurulatih Indonesia B-19 untuk meminta data permainannya. Nyoman turut menegaskan status warganegara Indonesia layak diberikan kepadanya kerana lahir di Indonesia bukan di Finland.

“Seperti yang saya kata, saya lahir di Indonesia, dibesarkan di Indonesia, jadi saya sudah merancang untuk mengembalikan pasport Finland dan menjadi warganegara Indonesia sepenuhnya,” jelas Nyoman dipetik dalam Bola.com.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Ceres Negros Kini Dikenali Sebagai United City FC, Proses Pindah Milik Berjalan Dengan Lancar

Liga Super China ‘Kick Off’ Pada 25 Julai, Pasukan Yang Langgar SOP Akan Disingkirkan

2019/2020 Musim Gemilang Takumi Minamino, Raih Dua Kejuaraan Liga Domestik