Seluruh peminat serta pasukan Liverpool berpesta semalam apabila mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman keramat mereka iaitu Anfield. Satu-satunya pemain Asia dalam pasukan, Takumi Minamino mencatat sejarah tersendiri apabila beliau bukan sahaja memenangi trofi paling agung di seluruh England itu.
Minamino menyertai Liverpool pada Januari lalu dari kelab Austria, Red Bull Salzburg setelah menampilkan prestasi cemerlang ketika kedua-dua pasukan bertemu pada perlawanan peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL).
Salzburg sendiri berjaya memenangi gelaran Austria Bundesliga musim ini. Meskipun telah meninggalkan kelab tersebut, Minamino masih lagi menerima pingat kejuaraan kerana beliau telah melepasi kuota perlawanan bagi membolehkannya menerima pingat kejuaraan.
Meskipun hanya memberikan sumbangan yang minimum bagi Liverpool, namun beliau tetap dipuji kerana work rate yang ditampilkan ketika diturunkan oleh Jurgen Klopp.
Pemain berusia 25 tahun ini banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya diturunkan ketika perlawanan Piala FA dan juga perlawanan setelah Liverpool mengesahkan kejuaraan EPL. Faktor ini kerana The Reds mempunyai pemain sayap yang lebih berkualiti seperti Mohamed Salah, Sadio Mane dan Xherdan Shaqiri.
Berbaki satu lagi perlawanan liga menentang Newcastle United, Minamino dilihat bakal diturunkan dalam kesebelasan utama disamping pemain simpanan dan juga pemain muda.
Baca artikel lain mengenai Takumi Minamino yang telah kami sediakan di sini:
Pengurus Red Bull Salzburg Anggap Penjualan Minamino Ke Liverpool Terlalu Murah
Jurgen Klopp Sifatkan Penampilan Pertama Takumi Minamino Sebagai Luar Biasa
Jürgen Klopp Mahu Takumi Minamino Berikan Persembahan Terbaik