Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan penampilan pertama pemain Jepun yang baru sahaja ditandatangani, Takumi Minamino pada perlawanan Piala FA 2019/2020 pusingan ketiga menentang seteru utama, Everton semalam sebagai luar biasa.
Minamino diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau hampir menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu menerusi satu tandukan. Namun, percubaannya tidak menepati sasaran dan bekas pemain Red Bull Salzburg itu digantikan pada minit ke-70 oleh Alex Oxlade-Chamberlain. Liverpool berjaya memenangi perlawanan menerusi gol tunggal Curtis Jones.
#️⃣1️⃣8️⃣#EmiratesFACup pic.twitter.com/05bFdEXuoj
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2020
Selepas perlawanan tamat, Klopp menyatakan beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh Minamino dan beliau turut menyatakan kehadiran Minamino ke dalam pasukan adalah tepat.
“Luar biasa. Beliau adalah pemain yang kami mahukan dan juga apa yang mahu inginkan selama ini. Turun dalam perlawanan pertama adalah perkara yang tidak pasti sama ada akan berjalan dengan baik atau sebaliknya.
“Kemahiran yang dimilikinya adalah sangat baik selain memiliki sikap yang luar biasa. Minamino sentiasa cuba untuk menggerakkan jentera serangan dari posisi berbeza. Saya juga berpuas hati dengan kembalinya Alex Oxlade-Chamberlain,” kata Jurgen Klopp.
34' Big chance for Minamino – glances his header just wide! Brilliant cross from Origi.
[0-0] #EmiratesFACup pic.twitter.com/x0ZoOIEJzI
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2020
Selain mara ke pusingan keempat, Liverpool ketika ini sedang menduduki tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 13 mata dihadapan Leicester City. The Reds akan turun menentang Tottenham Hotspur pada Sabtu ini.
Baca artikel lain mengenai Takumi Minamino di sini:
Jürgen Klopp Mahu Takumi Minamino Berikan Persembahan Terbaik
Jay Bothroyd Sifatkan Takumi Minamino Pemain Yang Berkualiti