Pengurus Red Bull Salzburg, Jesse Marsch menegaskan penjualan Takumi Minamino ke Liverpool yang dianggap murah bakal menghantui beliau tatkala pemain itu sedang menampilkan prestasi terbaik.
Liverpool membeli Minamino dengan harga £7.25 Juta atau RM38.9 Juta pada Januari lalu dan setakat ini, pemain skuad kebangsaan Jepun itu telah membuat 7 penampilan.
Meskipun Minamino belum menampilkan prestasi cemerlang bersama pendahulu EPL itu, namun Marsch percaya lambat-laun Takumi akan menyerlah bersama The Reds.
“Perkara yang menyakitkan mengenai Takumi ialah Liverpool mendapatkan beliau dengan harga yang terlalu murah. Akan tetapi itu semua lumrah dalam mengendalikan pasaran dan kontrak pemain.
“Kami sentiasa mempunyai bakat di sini. Pihak scouting dan pengarah sukan telah bekerja dengan baik, dan kami mempunyai generasi pemain yang sudah sedia untuk menyinar,” kata Marsch.
Jesse Marsch turut menegaskan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sentiasa mengikuti perkembangan kelab dan pemain Red Bull Salzburg kerana selari dengan filosofi jurulatih dari Jerman itu.
Minamino membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada perlawanan menentang Wolves Januari lalu dimana beliau masuk sebagai pemain gantian.
Selain itu, penyerang berusia 25 tahun itu turut tampil dalam saingan Piala FA.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Perdana Inggeris di sini:
Separuh Daripada Kelab EPL Mahu Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle