Bekas penyerang skuad kebangsaan, Nizaruddin Yusof berpendapat tiga pemain iaitu Safiq Rahim, Aidil Zafuan dan Farizal Marlias perlu ada dalam pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Nizaruddin Yusof berpendapat pengalaman yang dimiliki oleh tiga pemain ini dilihat mampu untuk membantu pasukan negara pada perlawanan tertentu.
"Pemain seperti Aidil Zafuan, Safiq Rahim dan Farizal Marlias perlu ada dalam pasukan kerana pengalaman mereka boleh digunakan untuk perlawanan tertentu", Nizaruddin Yusof, bekas penyerang kebangsaan.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 28, 2022
Safiq, Aidil dan Farizal berada dalam skuad yang dibawa ke Singapura bagi menghadapi tiga perlawanan persahabatan iaitu menentang Filipina, Singapura dan Albirex Nigata Singapore.
Aidil mendapat kritikan pedas dari peminat dimana mereka menganggap pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjari punca kepada dua jaringan yang dihasilkan oleh Ikhsan Fandi pada perlawanan di Stadium Nasional pada Sabtu lalu.
Berbeza dengan Safiq, pemain berusia 34 tahun itu menampilkan prestasi yang baik pada aksi menentang Filipina dan Singapura sekaligus mendapat pujian dari peminat bola sepak tanah air walaupun pada mulanya mereka ragu-ragu dengan kelibat Safiq.
Malaysia mengakhiri jelajah perlawanan persahabatan di Singapura dengan kemenangan 3-0 ke atas Albirex Nigata Singapore dimana jaringan dihasilkan oleh Liridon Krasniqi, Mohamadou Sumareh dan Faisal Halim.
Kim Pan-gon nyata berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain yang dibawa dan menyifatkan mereka bermain di luar jangkaannya ketika aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina dan Singapura.
“Selama 10 hari lepas, saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini, semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain.
“Bagi saya, secara amnya, ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa di bangku simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain. Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang.
“Saya rasa saya lebih cenderung untuk lebih menyerang, kami cuba menjadikan identiti bola sepak malaysia yang lebih positif,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Shukor Adan Anggap Pasukan Negara Masih Perlukan Khidmat Safiq Rahim
Liridon Krasniqi Gembira Jaringkan Gol Pertama Untuk Malaysia
Dion Cools: Ini Persembahan Terburuk Saya Bersama Skuad Kebangsaan