Disebalik kemenangan 2-1 skuad Harimau Malaya ke atas Thailand dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, nama Aidil Zafuan Abd Razak tiba-tiba menjadi sebutan dalam kalangan warganet apabila aksinya melakukan skill “rolling tackle” yang melucukan menjadi tular di seluruh dunia.
Pada perlawanan itu, pemain Thailand menyangka Aidil mahu berbaring untuk mendapatkan rawatan akibat terjatuh namun mereka tidak sangka kapten negara itu kembali bangkit merampas bola yang dikawal oleh Ekanit Panya.
Ia adalah skill yang jarang dilakukan oleh mana-mana pemain profesional ketika berada di atas padang dan turut menarik perhatian beberapa laman media sosial bola sepak popular dunia.
Malah, video yang dimuat naik oleh laman twitter, @Troll_Football telah meraih lebih sejuta tontonan dan ruangan komen dibanjiri oleh pengikut dari Malaysia dan Asia.
The rolling tackle https://t.co/zcyKL6LfS6
— Troll Football Media (@Troll__Footbal) November 14, 2019
Ibarat aksi Harimau ‘berguling’
Melalui pengkongsian di laman twitter Astro Arena, peminat bola sepak tempatan menyifatkan aksi yang dilakukan pemain pertahanan JDT itu ibarat seekor harimau sedang berguling di atas padang sambil merampas bola daripada lawan.
Ni Guling rimau namanya… sambil guling boleh rampas bola.. haaaa padu #HarimauMalaya
— tamizi selimin (@tamiziselimin) November 15, 2019
Rimau guling pic.twitter.com/oRZxfPMJfM
— 🔺 (@PitiyaParkiya) November 15, 2019
Selain itu, peminat juga menyifatkan apa yang dilakukan oleh Aidil Zafuan itu cukup bijak kerana mampu menghalang pemain lawan daripada melepasi benteng pertahanan skuad negara sekaligus mengelakkan gawang dibolosi dengan mudah.
https://twitter.com/ZiqZaaa/status/1195339011297959937?s=20
Aidil Zafuan, at 32, is still the best centre-back in the country. ACL survivor. Not enough appreciation given for the stability he brings to Malaysia's youth & national teams' defences for more than a decade. https://t.co/UZQIAXn8yY
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) November 16, 2019
Bagaimanapun, tanpa kelibat Aidil Zafuan benteng skuad negara dilihat sedikit rapuh apabila kombinasi Shahrul Saad dan Adam Nor Azlin masih belum membentuk persefahaman mantap dalam dua perlawanan sebelum ini.
Selepas menentang Thailand, skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Indonesia pada hari selasa ini (19 November 2019) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Mereka wajib mengutip 3 mata untuk mencerahkan peluang memburu tiket automatik beraksi di Piala Asia pada tahun 2023.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.
Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Akram Mahinan Dan Halim Saari Tidak Dipanggil Ke Skuad Harimau Malaya
Jaringan Safawi Rasid Bantu Skuad Harimau Malaya Tewaskan Pasukan Ranking Ke-116 Dunia