Pemain pertahanan negara, Dion Cools mengakui beliau tidak menampilkan prestasi terbaik pada perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional semalam.
Pasukan negara tewas dengan keputusan 2-1 dan salah satu gol yang dijaringkan oleh Ikhsan Fandi berpunca daripada Cools yang gagal untuk kembali ke posisi bertahan setelah membantu barisan serangan.
Im not gonna lie. This might be my worst performance for the national team and I really wanna apologize to all people. Last game was amazing, this game is one to forget real fast. This is part of life.. Thanks for the support once again and next time we can all celebrate together
— Dion-Johan Cools (@Djcools_21) March 26, 2022
“Saya akui, ini adalah persembahan terburuk saya bersama pasukan kebangsaan. Saya mahu memohon maaf kepada semua. Perlawanan sebelum ini adalah satu aksi yang cukup baik, tetapi aksi ini sebaliknya.
“Ini adalah sebahagian daripada kehidupan. Terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan aksi seterusnya mungkin kita boleh raikan bersama-sama,” kata Dion Cools menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
Ikhsan membuka tirai jaringan pada minit ke-30 dan Malaysia kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Liridon Krasniqi pada minit ke-56.
Ikhsan Fandi kemudiannya menjaringkan gol kedua pada minit ke-75 sekaligus mengesahkan kemenangan Singapura. Safawi Rasid gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.
Malaysia akan menutup perlawanan persahabatan di Singapura dengan menentang kelab setempat, Albirex Nigata Singapore dan pada perlawanan ini, ketua jurulatih, Kim Pan-gon dijangka membuat pertukaran dan memberi peluang kepada pemain yang belum beraksi pada aksi menentang Filipina dan Singapura.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:
Khuzaimi Piee: Tunjuk Ajar Pemain Senior Banyak Membantu Saya
Syafiq Ahmad Sahut Cabaran Dion Cools Untuk Jaringkan Gol Bersama Skuad Kebangsaan