Pakar pembocor jersi dan kasut bola sepak lebih awal, Footy Headlines telah membocorkan 14 gambar baharu but Nike Mercurial Disruption 25th Anniversary yang merupakan edisi terhad yang akan dikeluarkan minggu depan.
Baca Juga:
- Footy Headlines Umum Jersi ‘Home’ Filipina Sebagai Jersi Terbaik Bulan Mac
- RASMI: Malaysia Naik 7 Anak Tangga Ranking FIFA
- Vinicius Jr Pakai But ‘Toyu’ Tanda Berakhirnya Kerjasama Dengan Nike Yang Pilih Kasih
https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1646171079075823625
Di mana rekaannya adalah lebih baik pada kotak yang kelihatan unik untuk but edisi terhad serta versi Vapor.
Nike Mercurial Disruption 25th Anniversary edisi terhad dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi Ulang Tahun ke-25 Nike Mercurial.
Menurut sumber yang sama, kasut ini benar benar terhad. Jadi ianya akan menjadi buruan ramai peminat siri tersebut. Kepada peminat tegar kasut bola Nike bolehlah anda sentiasa mengikuti kemaskini terbaru daripada Nike daripada masa ke semasa.
Kasut bola sepak Nike Zoom Mercurial 2023 ‘Disruption’ menggabungkan bahagian atas berwarba Perak Metalik dengan Hitam serta biru dan kuning berkilauan.
Apa yang menjadikan ulang tahun ke-25 Nike Mercurial cemerlang ialah Swoosh yang berkilauan dan tapak luar krom berkilauan.
Perak Metalik dan Hitam adalah warna yang sama digunakan untuk but ulang tahun ke-25 Nike Mercurial yang biasa sebelum ini.
Tetapi unsur-unsur berkilauan membolehkan edisi terhad kelihatan lebih hebat dan menyerlah.
Kepada peminat flashy boot atau kasut yang berwarna Fancy bolehlah menjadikan Nike Disruption ini sebagai koleksi terbaru anda.
Dari segi teknologi, kasut bola sepak Nike Zoom Mercurial Disruption yang baharu adalah sama dengan but bola sepak Nike Mercurial Superfly Elite 9.
Nike Mecurial Disruption versi Ulang Tahun Nike Mercurial XXV ke-25 adalah terhad kepada kepada 5,000 pasang sahaja.
Memandangkan ia turut tersedia dalam versi versi Superfly dan Vapor yang dipecahkan kepada 2,500 pasang untuk setiap jenis tersebut.
Dan setiap kasut akan terdapat nombor siri mereka sendiri. Yang menjadikannya sangat unik dan pasti akan lebih menarik perhatian kolektor untuk mengesahkan originalitinya.
https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1645686139108335616
Menurut Footy Headlines, harga jualan kasut ini adalah USD325 ataupun sekitar RM1,431.00. Dan akan mulai dijual pada 17 April 2023 ini.