Forbes Vietnam pada hari Isnin yang lalu telah mengumumkan senarai ’30 under 30′ yang menampilkan beberapa wajah-wajah paling berpengaruh dalam dunia perniagaan, sosial, seni & industri kreatif, hiburan, pendidikan dan juga sains.

Ini adalah merupakan kali ke-4 Forbes Vietnam mengumumkan senarai untuk menghargai anak muda yang telah menyumbang kepada komuniti dalam bidang mereka yang tersendiri.

Menurut laporan Forbes Vietnam, perbezaan yang ada dalam senarai tahun ini adalah diversity dalam bidang, dengan lebih ramai lagi muka-muka baru dari platform internet.

f0-15474348309821642654737-crop-15474348358401266034922

Apa yang menarik mengenai senarai yang diumumkan itu adalah apabila pemain bola sepak berusia 23 tahun skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai berada dalam senarai itu bersama 2 lagi pemain skuad kebangsaan wanita Vietnam iaitu Chuong Thi Kieu (25) and Huynh Như (29).

Nguyen Quang Hai ketika ini memiliki kontrak bersama Hanoi FC telah memainkan peranan yang cukup penting untuk Vietnam dalam kejohanan Piala Asia 2019 dan juga kempen kelayakan Piala Dunia 2022.

Beliau juga telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbaik di Piala Asia dimana pasukan Vietnam lolos ke pusingan suku akhir buat pertama kalinya.

Selain itu, Nguyen Quang Hai juga berada dalam senarai 24 pemain bola sepak Asia terbaik dalam anugerah bola sepak yang dianjurkan oleh Fox Sports dan China Titan Sports, yang turut diundi oleh hampir 50 wartawan sukan di Asia.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

SCG Muangthong United Dan SHARP Jalin Kerjasama Strategik, Bakal Guna Teknologi Aquos 8K

Ejen Pemain Bola Sepak Dari Jepun Ini Sedang Mencari ‘Center Back’ Muda Malaysia

Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang

Sumber