Sebuah agensi pemain dari Jepun yang dikenali dengan nama GOAL Sports Agency, kini sedang giat mencari pemain-pemain muda dari Malaysia yang berpotensi tinggi diposisi Center Back.
Dalam satu kemaskini melalui laman Twitter rasmi agensi tersebut semalam, mereka secara spesifik menyatakan beberapa kriteria pemain yang mereka mahukan untuk dipilih.
Kriteria yang diperlukan adalah;
- Lahir pada tahun 2000 atau 2001.
- Posisi: Center Back.
- Beraksi dalam liga bola sepak Malaysia.
- Memiliki video resume, CV atau maklumat dalam Transfermarkt.
- Boleh menyertai sesi try-out.
【選手エージェント】
マレーシアにて2000年-2001年生まれの選手を募集しております。ポジションはCB、ビデオとTransfermarktのプロフィールまたはCV(英語での経歴書)が必須。
■マレーシアリーグ
■センターバック
■2000-2001年生まれ
■ビデオ、TransfermarketまたはCV
■トライアウト参加
— 海外サッカーエージェント|GOAL SPORTS AGENCY⚽️🤝🌏 (@goal_agency) February 4, 2020
Tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah tawaran yang sama dikeluarkan adalah yang sama seperti yang pernah diberitahu kepada kami beberapa minggu lalu.
Ini adalah kerana berdasarkan maklumat sebuah lagi agensi, mereka menyatakan beberapa lagi kriteria yang lebih lanjut seperti ketinggian pemain serta kemahiran atau teknik yang diperlukan, selain peruntukan gaji dan beraksi bersama kelab J2 League.
Ketika ini, pihak Goal Sports Agency berada di Malaysia untuk meninjau bakat-bakat muda untuk diketengahkan. Mungkin ada pihak yang tidak berapa gemar dengan cara begini, namun ia juga adalah satu saluran untuk sekurang-kurangnya pemain dari Malaysia cuba mempamerkan bakat mereka.
Kemaskini: Kami berjaya menghubungi pihak Goal Sports Agency untuk mendapatkan kepastian dan mereka menyatakan bahawa pemain yang terpilih (jika ada) akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Baca juga artikel lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Lihat Bagaimana Majlis Pelancaran Thai League 2020 Berlangsung Dengan Penuh Gilang Gemilang
Gamba Osaka, Kashiwa Reysol Dan Sagan Tosu Buru Khidmat Pemain Tengah SCG Muangthong United
Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam