Pemain tengah SCG Muangthong United dan juga ‘enjin’ pasukan kebangsaan Thailand, Sarach Yooyen dilaporkan menjadi tumpuan sekurang-kurangnya 3 buah kelab dari Jepun untuk menggunakan khidmatnya pada musim 2020 ini.

Ketika saingan pra-musim minggu lalu, beberapa pegawai kelab dari Jepun turun ke Thailand untuk memerhatikan dengan lebih rapat aksi Sarach Yooyen dalam kejohanan LEO Pre-Season Cup 2020 sebelum membuat sebarang tawaran kepada SCG Muangthong United.

Menurut beberapa laporan media dari Thailand, Pengarah Kelab SCG Muangthong United iaitu Ronnarit Suewaja menjelaskan bahawa pihak kelab tidak akan menghalang penghijrahan Sarach Yooyen ke Jepun sekiranya semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh kelab mampu dipenuhi oleh mereka.

D0TYRl4WsAAnj2u

Ketika ini, dari 3 kelab tersebut dikatakan pasukan Kashiwa Reysol mempunyai potensi yang lebih besar berbanding dengan 2 lagi kelab dan semua urusan mengenai perpindahan Sarach Yooyen perlu diselesaikan dalam minggu ini sebelum 9 Febuari 2020.

SCG Muangthong United juga dilaporkan telah menghantar semua dokumen berkaitan syarat-syarat yang mereka mahukan kepada semua kelab itu dan hanya menunggu maklum balas untuk menyelesaikan segala urusan jika pemain itu bersetuju untuk menyertai beberapa rakan-rakan sepasukan skuad kebangsaan Thailand mereka beraksi dalam saingan J.League 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Thailand yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

Kawin Thamsatchanan Dirisik Kelab J1 League, Hokkaido Consadole Sapporo Untuk Mengisi Posisi Penjaga Gol

Thailand Atur Perlawanan Persahabatan Dengan Pasukan Kebangsaan Panama Pada Bulan Mac 2020