Presiden Pau FC, Bernard Laporte-Fray tidak menolak hakikat bahawa langkah kelab Ligue 2 itu membawa masuk bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai ke dalam pasukan adalah berikutan tujuan pemasaran.
Baca Juga:
- Nguyen Quang Hai Kini Jadi Pemain Buangan Di Perancis
- Piala AFF: Media Vietnam Kritik Nguyen Quang Hai
- Nguyen Quang Hai Cipta Sejarah Jaring Gol Pertama Di Ligue 2
Quang Hai yang merupakan antara sandaran utama skuad kebangsaan Vietnam mula menyertai Pau FC pada hujung Jun 2022 selepas memeterai kontrak selama dua musim.
Beliau jelas bergelut untuk mempamerkan kemampuan sebenar apabila menjaringkan satu gol dan hanya dua kali membarisi kesebelasan utama dimasukkan sebagai pemain gantian pada 11 perlawanan.
Keadaan itu disulitkan lagi setelah beliau diturunkan pangkat ke skuad Pau FC B yang beraksi di lapisan kelima sistem bola sepak Perancis pada awal tahun tempoh hari.
Beraksi bersama skuad B, Quang Hai yang kini berusia 25 tahun beraksi pada empat perlawanan tetapi masih belum mampu mencetak jaringan serta mencipta bantuan gol.
“Sudah tentu, kami (Pau FC) bercakap tentang aspek pemasaran (mengulas tentang kehadiran Nguyen Quang Hai),” ujar Laporte-Fray menurut laporan Main Stand – International.
“Kami mahu dia menjadi seperti Lionel Messi yang sebenar tetapi dia telah menghadapo persekitaran baharu, sesuatu yang berbeza dihadapinya ketika di Vietnam.”
“Bukan mudah buatnya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini. Dia juga suka menyendiri dan tidak boleh bercakap bahasa Perancis walaupun sudah menyertai kelas bahasa.’’
“Kami mahu dia bersama skuad utana, tetapi pada masa yang sama dia juga perlu untuk meunjukkan kualitinya.’’