Kesabaran Gary Neville dengan skuad Manchester United sekarang semakin menipis sejak kebelakangan ini. Pundit Sky Sports itu terbuka dalam kritikannya terhadap keadaan pasukan, serta sikap mereka di dalam dan di luar padang.
Memang kita faham kenapa bekas kapten Man United itu tidak berpuas hati. Tahap prestasi mereka agak mengecewakan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Serta sikap pemain yang tidak enak didengar dengan beberapa pemain itu sendiri dikatakan membocorkan perkara itu kepada media.
Trend ini berterusan minggu lalu, dengan pemain mendedahkan kepada media bahawa mereka telah menyamakan pembantu Ralf Rangnick iaitu Chris Armas dengan Ted Lasso, jurulatih bola sepak yang tidak berguna, watak fiksyen daripada siri komedi hit.
Mungkin bagi sesetengah orang ianya kelakar. Namun tidak bagi Neville yang mengingatkan pemain pemain ini tentang adab berguru. Seseoang manusia itu tidak seharusnya menjadikan guru mereka sebagai bahan lawak sama sekali.
Neville mendedahkan bahawa, pada eranya dahulu, ramai pemain yang panas baran serta tak sependapat dengan jurulatih, dan berstatus bintang dalam kem Man United, namun mereka tidak pernah sesekali memperlekeh jurulatih dan menjadikannya satu bahan kelakar.
Kerana mereka tahu bahawa adab menuntut ilmu dengan seseorang yang bergelar jurulatih.
“Saya fikir itu benar-benar tidak beradab, ketika saya dengar ia pada hari Jumaat. Saya tidak rasa ia lucu sama sekali, apabila mereka menggambarkan orang nombor dua Ralf Rangnick sebagai ‘Ted Lasso’.”
🗣 "I didn't find it funny at all, I thought it was disrespectful, disgusting in fact. It summed up what I think of them."@GNev2 on the Manchester United leaks which revealed players likening the clubs American assistant Chris Armas to Ted Lasso. pic.twitter.com/exSqFjFtuv
— Football Daily (@footballdaily) February 14, 2022
“Saya tidak rasa ia lucu sama sekali, saya fikir ia tidak sopan. Saya fikir ia menjijikkan sebenarnya. Itu sebenarnya merumuskan apa yang saya fikirkan tentang mereka, bahawa mereka tidak menghormati orang lain.”
Seterusnya Neville sangat kecewa dengan sikap orang dalaman Man United itu sendiri yang suka menjaja cerita dengan media. Kerana mereka mahu menjaga kepentingan diri sendiri semata mata.
Daripada cerita pemain mengejek kaedah Ralf Rangnick dan Chris Amas sehinggalah cerita pemain tak setuju pilihan Rangnick yang mahukan Erik Ten Hag, kerana pemain dikatakan mahukan Pochettino.
“Saya fikir jika saya adalah Ralf Rangnick atau pembantunya, saya akan mendapat kekuatan daripada itu kerana saya tidak mahu berada di padang yang sama dengan beberapa pemain yang membocorkan jenis cerita itu. Ia tidak pernah berlaku pada zaman saya tetapi kami mempunyai tahap kestabilan pasukan yang paling hebat…”
“Mereka melakukannya, pasukan PR, pasukan pemasaran dan ejen. Mereka melakukannya untuk menjaga periuk diri sendiri dan melindungi pemain mereka sendiri.”
“Apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka pergi dan bercakap dengan orang media itu, orang media itu bercakap dengan kita, jadi kita semua akan mengetahuinya.”
“Realitinya kita tidak suka.”
“Pasukan Manchester United ini pada hari ini hanya menjaga diri sendiri, cari salah orang lain, mencari alasan sepanjang masa. Hentikannya!”