Gary Neville telah menasihati Frenkie de Jong untuk mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang dan mendakwa dia dibuli oleh kelabnya, Barcelona.
Pemain antarabangsa Belanda itu adalah sasaran utama perpindahan Manchester United, dengan bekas bos Erik ten Hag terdesak untuk menjadikannya sebagai pemain baharunya.
Yuran perpindahan dipercayai tidak menjadi isu, dengan kedua-dua kelab dilaporkan bersetuju dengan harga €75 juta.
Barca kekal dalam keadaan kewangan yang sukar dan menurut AS, mereka telah memberitahu bekas pemain Ajax itu bahawa dia mesti mengambil potongan gaji 50 peratus sekiranya dia mahu kekal.
Bagaimanapun, Blaugrana masih berhutang kepadanya €17 juta lagi dalam gaji tertunda selepas dia bersetuju untuk mengambil potongan gaji semasa pandemik COVID-19 pada 2020.
Dan Neville telah menyelar layanan Barca terhadap De Jong, melabel tindakan mereka sebagai “tidak bermoral dan menggalakkan kesatuan pemain FIFPRO untuk campur tangan.”
“De Jong harus mempertimbangkan tindakan undang-undang lawan Barcelona dan semua pemain harus berada di belakangnya!” kata Neville di Twitter.
“Kelab membelanjakan wang untuk pemain baharu, pada ,masa yang sama tidak membayar pemain yang mereka ada masih di bawah kontrak dengan bayaran penuh adalah mereka yang tidak bermoral dan satu salah laku.”
“@FIFPRO sepatutnya memerangi habis-habisan pembulian seperti ini dan hentikannya.”
Walaupun mempunyai banyak hutang dan berhutang wang dengan beberapa kela lain, Barca masih telah menandatangani Franck Kessie, Andreas Christensen, Raphinha dan Robert Lewandowski.
Mereka dapat menandatangani Ousmane Dembele dengan perjanjian baharu dengan syarat pengurangan gaji. Selain itu Barca sedang mengusahakan untuk membawa masuk pemain pertahanan Sevilla, Jules Kounde.