Gary Neville mempersoalkan tindakan Thomas Tuchel untuk membawa masuk Kepa dan mengeluarkan Edouard Mendy, untuk tugasan penentuan penalti.

Chelsea dan Liverpool terikat sepanjang 120 minit perlawanan. Dan untuk mencari juara Piala Carabao 2021/22, kedua dua pasukan perlu menyelesaikannya menerusi sepakan penalti.

Seperti dijangka, Tuchel akan memasukkan Kepa, selepas dia dilihat mengarahkan Kepa melakukan pemanasan badan. Dan Kepa dilihat sudah bersedia dengan sarung tangannya.

Kepa sebelum ini menjadi wira Chelsea dalam beberapa siri penentuan penalti. Membuatkannya digelar sebagai pakar penyelamat penalti.

Malangnya, malam tadi, Kepa gagal menyelamatkan walau 1 penalti daripada 11 penalti lawan, termasuk penalti Kelleher – penjaga gol Liverpool. Lebih malang apabila sepakan penalti Kepa melambung tinggi dan memberikan kejuaraan kepada Liverpool.

“Ada sesuatu yang saya tak suka tentangnya. Ini bukan masa untuk menganalisisnya dan ia mungkin berhasil.”

“Mereka jelas sekali tahu Kepa adalah penjaga gol yang pakar menyelamatkan penalti, namun saya masih tak faham dengan keputusan Tuchel.”

“Ini kerana, penjaga gol mereka [Edouard Mendy] telah beraksi luar biasa dan melakukan saves sepanjang perlawanan ini.”

“Mendy berada dalam mood terbaik dalam perlawanan ini, dia sudah berjaya menawan atmosfera final, dia ada merasakan sesuatu, dan dia juga melakukan pemanasan badan [lebih baik].”

Komen Gary Neville itu sudah tentunya menimbulkan perdebatan. Kerana ternyata Kepa memang pakar dalam berdepan dengan sepakan penalti. Menurut peminat Chelsea, Kepa kali ini kurang menjadi kerana kualiti penalti Liverpool.

Walaubagaimanapun, Neville memuji prestasi kedua dua pasukan yang beraksi di final, dan menyatakan bahawa Premier League ketika ini ada 3 pasukan terbaik di dunia iaitu Manchester City, Chelsea dan Liverpool.

“Saya fikir, kita mulakan hari ini dengan kami mengiktiraf pasukan yang kita yang sedang berada di puncak Liga Perdana Inggeris,” tambah Neville.

“Manchester City, Chelsea dan Liverpool adalah yang terbaik di dunia pada masa ini.”

“Pasukan tidak memberikan satu sama lain satu inci pun dan penjaga gol mereka beraksi cemerlang dalam masa penuh [90 minit] dan masa tambahan.”

Baca juga artikel

Liverpool Juara Piala Carabao!

Abramovich Serahkan Chelsea Kepada Yayasan Chelsea

Ashley Cole Bengang Pengadil Tak Berikan Penalti Untuk Everton