Frank Lampard dan pembantunya, Ashley Cole ternyata tidak berpuas hati dengan pengadil dan VAR yang tidak memberikan sepakan penalti kepada Everton.
Ini selepas bola dengan jelas terkena tangan Rodri dalam aksi EPL pada Sabut di Goodison Park.
Dengan tiada pemain Everton dekat dengannya, Rodri kelihatan ada menggerakkan tangan untuk mengawal bola, hanya selepas seminit setelah Phil Foden menjaringkan gol untuk Manchester City.
Penyokong di dalam stadium turut mempersoalkan keputusan pengadil setelah Paul Tierney memberitahu dia sudah mendapatkan pandangan VAR dan ianya bukan handball.
Pundit Gary Neville dan Gary Lineker menjangkakan pengadil akan memberikan penalti. Malangnya ia tidak berlaku.
Bekas pemain Irelad, Jon Walters menulis di Twitternya: “Itu adalah handball sudah tentunya. Keputusan mengejutkan dibuat oleh sesiapa sahaja yang ada di VAR.”
Selepas tamat perlawanan Ashley Cole meluru ke arah pengadil dan mempersoalkan tindakan Paul Tierney yang malah tidak memeriksa semula insiden di monitor.
Paul Tierney berbalas balas kata antara mereka. Dan akhirnya Cole dilayangkan kad kuning. Sementara pengurus Everton, Frank Lampard menegaskan bahawa ianya sepatutnya menjadi satu keputusan mudah untuk diambil pengadil. Kerana jelas sekali Rodri handball.
😡 Ashley Cole vents his frustrations to the referee about the handball decision that didn't go Everton's way pic.twitter.com/fWipybgY9E
— Football Daily (@footballdaily) February 26, 2022
Lampard berkata: “Saya ada anak 3 tahun di rumah yang memberitahu bahawa itu adalah penalti. Saya bukan melawak, itu adalah keputusasn paling mudah untuk dibuat ketika memberikan penalti. Ianya sangat sangat jelas.”
Dengan kemenangan ke atas Everton, Manchester City kembali menjarakkan diri 6 mata dari Liverpool.