Pasukan Nagoya Grampus dari Jepun bakal turun dalam aksi pertama saingan AFC Champions League 2021 malam esok berdepan dengan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menghuni tangga ke-2 saingan J1 League musim 2021, Nagoya Grampus hadir ke Thailand membawa 26 orang pemain yang berkemungkinan  akan disenaraikan dalam perlawanan malam esok.

Selepas melakukan tinjauan dari beberapa laman web bola sepak Jepun, kami dapati dari senarai 26 pemain yang dibawa itu, 10 orang (39%) mempunyai masa bermain yang melebihi 1,000 minit dalam aksi J1 League musim 2021.

Dari jumlah peratusan tersebut pula, 5 orang daripadanya mempunyai bilangan penampilan penuh 20 perlawanan liga musim ini.

Berikut adalah senarai penuh 26 pemain Nagoya Grampus untuk saingan AFC Champions League 2021;

Posisi Pemain Penampilan Minit Bermain Gol
GK ランゲラック Mitchell Langerak 20 1,800 0
武田洋平 Yohei Takeda 0 0 0
渋谷飛翔 Tsubasa Shibuya 0 0 0
CB 中谷 進之介 Shinnosuke Nakatani 19 1,453 0
木本 恭生 Yasuki Kimoto 18 756 0
吉田 温紀 Haruki Yoshida 0 0 0
吉田晃 Akira Yoshida 0 0 0
藤井 陽也 Haruya Fujii 0 0 0
RB 成瀬 竣平 Shumpei Naruse 19 1,054 3
宮原 和也 Kazuya Miyahara 11 687 0
LB 吉田 豊 Yutaka Yoshida 20 1,800 1
森下 龍矢 Ryoya Morishita 5 195 0
DMF 米本 拓司 Takuji Yonemoto 19 1,466 0
児玉駿斗 Shunto Kodama
DMR 稲垣 祥 Sho Inagaki 20 1,735 5
長澤 和輝 Kazuki Nagasawa 16 619 0
AMF 柿谷 曜一朗 Yoichiro Kakitani 20 1,362 2
阿部 浩之 Hiroyuki Abe 5 140 0
ガブリエル シャビエル Gabriel Xavier 10 441 0
豊田晃大 Koki Toyoda 0 0 0
LW 相馬 勇紀 Yuki Soma 19 1,050 2
齋藤 学 Manabu Saitō 17 540 0
RW マテウス Mateus dos Santos Castro 20 1,630 6
前田 直輝 Naoki Maeda 16 649 1
石田凌太郎 Ryotaro Ishida 0 0 0
CF 山﨑 凌吾 Ryogo Yamasaki 19 1,054 3

Sumber: SportDigestWeb

Ramalan Kesebelasan Utama Nagoya Grampus Oleh Media Jepun

Media sukan utama Jepun, SportDigestWeb dalam satu artikel yang dikeluarkan hari ini menjangkakan Nagoya Grampus bakal menggunakan formasi 4-2-3-1 seperti dalam rajah dibawah.

74425845-CEA9-4820-BB4E-33737D8E2221

Selain itu, Nagoya juga menyenaraikan 2 pemain berusia 18 tahun yang dibawa dari akademi U18 mereka untuk saingan AFC Champions League kali ini iaitu Yoshida Haruki dan Koki Toyoda.

Bagi Nagoya Grampus, ini adalah penampilan pertama mereka diperingkat Asia sejak musim 2012, dimana mereka layak ke peringkat suku akhir sebelum tumpas 0-1 kepada kelab Australia, Adelaide United.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah disediakan seperti dibawah.

Pemain Malaysia Kutip 20 Kad Kuning Dalam 8 Perlawanan, Mata ‘Fair-Play’ Ke-2 Paling Banyak Di ASEAN

Cristiano Ronaldo Pemain Pertama ‘Clear’ Bola, Buat Pecutan 32 Km/j Dan Jaringkan Gol Pertama Portugal

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off