Selepas tamat semua 8 perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia berada dikedudukan kedua tercorot bagi jumlah kutipan mata ‘fair-play’ apabila mengutip -20 mata secara keseluruhan.

Jumlah mata tersebut dikira berdasarkan jumlah kutipan kad yang diperolehi bagi setiap pasukan seperti yang ditetapkan oleh FIFA.

Bagi setiap kad kuning yang dilayangkan, -1 mata akan diberikan kepada mata ‘fair-play’ sesebuah pasukan. Sekiranya seseorang pemain menerima kad merah selepas 2 kad kuning dilayangkan, kad merah itu akan menyumbang sebanyak -3 mata.

Manakala jika pemain menerima ‘direct‘ kad merah pula, -4 mata akan diberikan.

HMYR

Oleh kerana pemain-pemain Malaysia telah mengumpulkan 20 kuning, maka -20 mata telah terkumpul sepanjang kempen pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia.

Pasukan Myanmar muncul sebagai pasukan yang paling banyak mengumpulkan mata ‘fair-play’ sebanyak -21 mata hasil dari 14 kad kuning dan 2 kad merah.

Jika diperhatikan, Malaysia sebenarnya mengutip jumlah kad kuning paling banyak dari 8 buah pasukan di ASEAN, manakala Vietnam pula adalah pasukan paling sedikit menerima mata ‘fair-play’ dengan -9 mata sahaja.

Nota: 2 kad kuning untuk Vietnam telah diberikan kepada ketua jurulatih mereka, Park Hang-seo.

Mata ‘fair-play’ ini mungkin tidak menjadi tumpuan para peminat bola sepak secara majoritinya, tetapi perkara ini sangat berguna untuk menentukan kedudukan dalam kumpulan dalam kes tertentu.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Cristiano Ronaldo Pemain Pertama ‘Clear’ Bola, Buat Pecutan 32 Km/j Dan Jaringkan Gol Pertama Portugal

TERKINI: AFC Umumkan 22 Pasukan Layak Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Asia, 4 Pasukan Beraksi Di Play-Off

Pemain Vietnam Jual T-shirt Dengan Grafik ‘Jatuh Dalam Kotak Penalti’ Di Lazada Dengan Harga RM54 Sehelai