Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain memberi bayangan pemain tengah pasukan, Azalinullah Alias mengalami kecederaan serius sekaligus bakal berehat panjang.
Menerusi laman media sosial Twitter miliknya, Nafuzi memuat naik satu tweet yang menyebut nama Azali serta seorang lagi pemain, Petrus Shitembi dengan emoji menangis.
Azalinullah masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika perlawanan Liga Super menentang Melaka United pada Rabu lalu.
Lapan minit kemudian, pemain berusia 24 tahun itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan tempat beliau digantikan oleh Shahrien Sapien.
Sebelum ini, Nafuzi terpaksa melupakan khidmat Petrus Shitembi ekoran pemain tengah itu mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
SOP Kemasukan Penonton Ke Stadium: Tiket Perlawanan Wajib Dijual Secara ‘Online’
Ab Ghani Mahu Penyokong Manfaatkan Peluang, Patuhi SOP Ditetapkan
Khairul Azhan Gesa Rakan Sepasukan Fokus Perlawanan Liga Super Seterusnya