Penjaga gol Selangor, Khairul Azhan tidak mahu terbawa-bawa dengan prestasi cemerlang ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) Rabu lalu dan menggesa rakan sepasukan untuk memberikan fokus pada perlawanan liga yang akan datang.
Azhan tampil cemerlang dimana beliau menyelamatkan sepakan penalti Bergson da Silva selain menafikan beberapa percubaan pemain JDT sekaligus memberi satu mata kepada Selangor.
Bagaimanapun, bekas pemain Sri Pahang itu menegaskan bukan beliau sahaja yang menampilkan aksi terbaik dan menggesa rakan sepasukan untuk fokus kerana perjalanan liga masih panjang.
😅 We’ve seen a few bad penalties in our time…
👀 …but 2 in one game?!
🤔 Are these the worst penalties you've ever seen? pic.twitter.com/PXxGLqwYPv
— SPORF (@Sporf) March 18, 2021
“Terima kasih kepada semua pemain kerana bermati-matian (beraksi) malam tadi (Rabu). Bukan saya sahaja yang terbaik, semua pemain telah berikan yang terbaik.
“Kita sedia maklum JDT pasukan terbaik dari semua sudut. Dapat satu mata di sana sudah cukup baik. Tutup cerita semalam dan kami mahu fokus perlawanan seterusnya,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
Keputusan seri di Stadium Sultan Ibrahim meletakkan Selangor di kedudukan kelima dalam carta Liga Super setakat ini.
Skuad bimbingan Karsten Neitzel itu akan menerima kunjungan Penang FC di laman sendiri pada Sabtu ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Penonton Dibenarkan Masuk Ke Stadium Mulai 1 April Mengikut Kuota Kapasiti Yang Ditetapkan
Kurniawan Dwi Yulianto Diberi Amaran Keras Ekoran Prestasi Hambar Sabah