Sebentar tadi, pihak berkuasa iaitu Menteri Kanan Kluster Keselamatan baru sahaja mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status kehadiranan penonton ke kejohanan sukan di stadium atau venue mengikut kuota kapasiti yang telah ditetapkan.

Menurut kemaskini di laman sosial Twitter rasmi kementerian, kuota kapasiti penonton yang ditetapkan adalah seperti berikut.

1. Kawasan PKPB – 10% atau 2,000 penonton (yang mana lebih rendah).

2. Kawasan PKPP – 25% atau 8,000 penonton (yang mana lebih rendah).

Berita ini pastinya disambut dengan gembira oleh semua pihak yang sudah setahun menantikan untuk kembali ke stadium terutamanya penonton yang dijangka tidak sabar untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

Dengan kebenaran ini juga, dijangka para penonton yang hadir perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko diantara satu sama lain seterusnya membuka lebih banyak kapasiti di stadium tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya sedang memperhalusi dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) merangkumi laluan keluar serta masuk penyokong, termasuklah menentukan kedudukan mereka ketika berada dalam stadium.

“Pada masa sama, kami tidak meletakkan syarat tertentu kepada penyokong namun kanak-kanak dan warga emas tidak digalakkan ke stadium kerana mereka golongan berisiko.

“Semua (pembelian tiket) mesti melalui online (dalam talian), kecuali pas bermusim 2020, di mana kami perlu menyelesaikannya.

“Kemungkinan besar pas bermusim 2020 akan diambil kira dalam peratusan penonton ke stadium sebab mereka telah membayarnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari MFL berkenaan dengan kemasukan penonton ke stadium dalam masa terdekat.

Kemaskini:

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerja keras selama ini untuk membolehkan semua perkara ini berjalan dengan lancar!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Adakah Penalti Ke-2 JDT Sepatutnya ‘Retake’, Kedudukan Kaki Khairulazhan Jadi Tanda Tanya.

Dollah Salleh: “Saya Sangat Berpuas Hati Dengan Lee Tuck, Tukar Posisi Herold Goulon Atasi Kelemahan Pertahanan.”

Netizen Tak Puas Hati Aksi ‘Penerajang’ Adam Reed Hanya Terima Kad Kuning Dari Pengadil