Skuad Melaka United (MU) sekali lagi kempunan bawa pulang 3 mata penuh apabila mereka terikat 1-1 dengan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan semalam.
Ia adalah keputusan seri yang keempat berturut-turut dan pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan itu kini menghuni kedudukan ke-8 liga dengan 4 mata.
Kedudukan terkini Liga Super selepas 4 perlawanan. #LigaSuper2021#VocketFC pic.twitter.com/B6LQQDG5PX
— VOCKET FC (@vocketfc) March 17, 2021
Pada perlawanan itu, MU terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh penyerang import Brazil, Alex Goncalves seawal minit kedua.
Sepakan penalti itu diberikan selepas bola hantaran lintang S Kumaahran dari sebelah kiri pintu gol tuan rumah terkena tangan pemain pertahanan TFC, Shahrul Nizam Ros Hasni.
3' Gol | Alex Goncalves
Melaka United membuka tirai seawal minit ketiga menerusi sepakan penalti Alex Goncalves!@FCTerengganu 0-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2021 pic.twitter.com/z4oprYajhw
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 17, 2021
Jaringan tersebut membangkitkan semangat pemain MU dengan harapan dapat menambahkan gol kedua namun percubaan Sony Norde berjaya ditampan oleh penjaga gol tuan rumah, Rahadiazli Halim pada minit ke 15 dan 16.
Skuad kendalian Nafuzi ZainĀ juga gagal mempamerkan rentak permainan yang baik sepanjang separuh masa pertama dan mereka sukar menembusi benteng pelawat yang diketuai pemain import Korea Selatan, Sukwon Jang.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Bagaimanapun, TFC turun dengan barisan yang berbeza pada separuh masa kedua apabila Nafuzi Zain melakukan perubahan taktikal.
Beliau juga membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Faiz Nasir dan Azalinullah Mohamed Alias serta pertahanan, Muhamad Arif Fadzillah Abu Bakar bagi menggantikan tempat Hakimi Abdullah, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhamad Hafizal Alias.
Percaturan itu membuahkan hasil yang lumayan apabila Jordan Mintah memperdayakan Razman Roslan lalu menyumbat gol penyamaan pada minit ke 66 selepas mendapat umpanan daripada Dechi Marcel.
66' Gol | Jordan Mintah menyamakan kedudukan untuk Terengganu dengan gol kedua peribadinya musim ini!@FCTerengganu 1-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2021 pic.twitter.com/0LlrE95n8W
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 17, 2021
Ini adalah jaringan kedua beliau pada musim ini dan ia adalah aksi terbaiknya dalam saingan Liga Super selepas dinaikkan pangkat daripada pasukan ‘feeder club‘. Keputusan itu juga mengukuhkan kedudukan TFC di tangga kedua liga dibelakang JDT setakat ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Sarawak United Kekalkan Rekod Tanpa Bolos, Elavarasan Puji Aksi Taylor Regan
Penyokong Kuala Lumpur ‘Bengang’ Dengan Pengurusan Pasukan, #TAMKeterehOut Jadi Perhatian