Mohamed Salah telah meluahkan kekecewaannya dengan apa yang berlaku di Gaza termasuk penutupan pintu untuk menyalurkan bantuan.

Baca Juga:

Mohamed Salah yang sebelum ini pernah disindir tidak melakukan apa apa tindakan atau sumbangan kepada Gaza yang ketika ini sedang dalam krisis kemanusiaan berikutan serangan udara dari Israel.

Sebenarnya Bulan Sabit Merah Mesir mengesahkan bahawa Mo Salah sudah menyumbang dana yang sangat besar – walaupun tidak mahu mendedahkan jumlahnya atas permintaan pemain itu.

Malangnya usaha untuk menyalurkan bantuan itu ketika ini terhalang kerana pintu ke Gaza ditutup oleh Israel.

Dengan itu Mo Salah menyeru agar pintu bantuan ke Gaza dibuka kerana orang awam yang menjadi mangsa tersepit di tengah konflik tersebut memerlukan bantuan dari segi makanan, air dan juga perubatan.

Dalam video yang dimuatnaiknya, Salah berkata:

“Bukan selalu mudah untuk bercakap pada masa-masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan dan terlalu banyak kekejaman yang menyayat hati.”

“Peningkatannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini tidak dapat ditanggung untuk disaksikan. Semua nyawa adalah suci dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan. Keluarga sedang berpecah belah.”

“Apa yang jelas sekarang, bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti dibenarkan segera.”

“Penduduk di sana berada dalam keadaan yang teruk. Adegan di hospital malam tadi sungguh ngeri. Penduduk Gaza memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera.”

“Saya menyeru para pemimpin dunia untuk bersama-sama mencegah penyembelihan lebih lanjut terhadap semua jiwa yang tidak bersalah. Kemanusiaan mesti diutamakan.”