Chelsea FC telah mengundang reaksi berbelah bagi peminatnya setelah dengan terbuka menyatakan mereka bersama dengan Israel.

Baca Juga:

Ada yang menganggap Chelsea seharusnya berpendirian berkecuali dalam perkara ini jika tidak dapat menyatakan sokongan kepada Palestin yang sedang diserang.

Sebelum ini Premier League membuat kenyataan bahawa mereka adalah berkecuali dalam isu konflik Israel – Palestin. Dan mendoakan keamanan dicapai segera.

Berbeza dengan Chelsea, di mana kelab milik konsortium dari Amerika Syarikat itu terbuka menyatakan bahawa mereka bersama dengan Israel.

Chelsea dalam kenyataannya berkata: “Chelsea benar benar bersedih di atas kehilangan ramai nyawa berikutan serangan ke atas Israel.”

“Kami bersama dengan komuniti Yahudi di London dan di seluruh dunia dalam berdepan dengan peningkatan semangat antisemitisme, di mana kami sudah lama berkempen untuknya.”

“Kami akan bersama sama dengan rakan rakan dari kelab Liga Perdana Inggeris yang lain dalam memperingati kesemua nyawa mereka yang tak bersalah di Israel dan Gaza dalam beberapa hari ketika aksi di Stamford Bridge – apabila kami menentang Arsenal.”

Kenyataan itu benar benar membuatkan ramai terguris. Kerana Chelsea terang terangan menyokong sebelah pihak sahaja. Malah ada yang mengajar Chelsea cara membuat kenyataan media berkaitan dengan isu kemanusiaan.

Hal ini kerana kelab tersebut disokong oleh peminat dari seluruh dunia.

Ada juga yang memuji cara Premier League mengeluarkan kenyataan dengan mengambil dasar berkecuali dalam perkara ini.