Impian Arsenal untuk ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan sudah boleh dikatakan berkecai.
Harapan mereka ketika ini pastinya berharap Man City tidak akan memenangi rayuan kes dan berharap dapat duduk di kedudukan kelima.
Namun segalanya nampak sukar buat Arsenal.
Kemasukan Eddie Nketiah dalam perlawanan ini telah memberikan mimpi ngeri kepada Arsenal.
Di mana pemain itu masuk dan kemudian mendapat kad merah. Ianya memberikan peluang kepada Jamie Vardy menjaringkan gol penyamaan lewat.
Menjadikan Arsenal pasukan paling banyak berkongsi mata sejak musim 1993/94.
14 – Arsenal have now drawn 14 Premier League games this season, the most of any side, whilst the Gunners have only shared the spoils more often in a single campaign in the PL in 1993-94 (17). Dutch. #ARSLEI pic.twitter.com/KSTbnVGUbe
— OptaJoe (@OptaJoe) July 7, 2020
Arsenal bermula dengan baik dan mendahului menerusi Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-21.
Ia sekaligus menjadi jaringan ke-20 beliau dalam kempen musim ini.
Only two Arsenal players have scored 20 Premier League goals in back-to-back seasons:
Thierry Henry
✓ 2001/02
✓ 2002/03
✓ 2003/04
✓ 2004/05
✓ 2005/06Pierre-Emerick Aubameyang
✓ 2018/19
✓ 2019/20If they give him that three-year contract, he can equal the streak. pic.twitter.com/PXbEGS0fd1
— Squawka (@Squawka) July 7, 2020
Ketika perlawanan menuju ke wisel penamat, pemain gantian yang baru sahaja 4 minit, Eddie Nketiah telah dibuang padang kerana kekasaran kad merah ke atas James Justin.
Pengadil perlawanan Chris Kavanagh mendapatkan pandangan VAR – sama ada bentesan itu layak mendapat kad merah atau tak.
Leicester menggunakan sebaiknya kelebihan seorang pemain dengan baki enam minit perlawanan.
Dan Jamie Vardy memastikan pasukannya mendapat 1 mata daripada perlawanan ini walaupun gol itu terpaksa menunggu beberapa minit untuk disahkan oleh VAR.
Arsenal jelas sekali kecewa dengan VAR yang memberikan gol kepada Vardy.
Arteta turut merasakan Jamie Vardy harus dilayangkan kad merah lebih awal.
https://twitter.com/i/status/1280624456289914883
Vardy terus menjadi mimpi ngeri buat Arsenal. Beliau merupakan pemain yang masih aktif dengan gol paling banyak ke atas Arsenal, berkongsi dengan Harry Kane.
Most @premierleague goals v Arsenal:
1️⃣2️⃣ – Wayne Rooney
1️⃣0️⃣ – Robbie Fowler, Harry Kane, JAMIE VARDYArsenal have now dropped 1️⃣1️⃣ PL points from winning positions at home this season – only Norwich and West Ham (both 1️⃣2️⃣) have dropped more pic.twitter.com/f6ehSz2z4h
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) July 7, 2020
Keputusan ini meletakkan Leicester di tangga keempat dengan 59 mata, hanya 4 mata di atas Man United yang masih belum turun beraksi.
Sementara Arsenal berada di tangga ketujuh dengan sembilan mata daripada Leicester.
Sebelum ini pengurusan Arsenal memberitahu pemain mereka bahawa Liga Juara Juara Eropah adalah sasaran wajib mereka selepas 3 musim gagal mara ke kejohanan perdana antara kelab Eropah itu.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Ternyata Legenda Milan Ini Memperbaiki Kerosakan Di Napoli Sejak Tiba