Che Adams merupakan penyerang yang diharap akan memberikan impak pada musim ini sebagaimana Teemu Pukki di Norwich serta Tammy Abraham di Chelsea.

Ini selepas prestasi luar biasa mereka di Liga Championship. Pukki dan Abraham menunjukkan prestasi luar biasa pada musim pertama di EPL mereka.

Namun malangnya Che Adams pula gagal memberikan impak seperti diharapkan Southampton. Dan mujur Danny Ings menjadi bintang prolifik mereka musim ini.

Che Adams mengakhiri kemarau gol beliau dengan Southampton dengan cara yang luar biasa.

Beliau melakukan rembatan jarak jauh yang melemaskan Ederson. Gol itu menjadi jaringan dari jarak paling jauh dalam EPL musim ini. Iaitu dari 35.66 meter.

Man City tidak dapat mengulangi prestasi mereka sebelum ini.

Gol itu sudah cukup untuk membolehkan Southampton mengejutkan Manchester City – beberapa hari selepas skuad Pep Guardiola itu membelasah juara yang baru dimahkotakan.

Manchester City seperti biasa, mencipta beberapa siri ancaman dan peluang gol. Tetapi kali ini mereka gagal untuk menyempurnakan sebarang peluang.

Ini merupakan kekalahan kesembilan Man City musim ini, rekod terburuk Pep Guardiola.

Dan sebelum ini Man City mencatatkan 8 kekalahan dalam dua musim berbanding dengan sembilan dalam semusim pada musim ini.

Malah Man City masih belum tahu nasib mereka di UCL musim depan sama ada mereka dibenarkan beraksi ataupun hukuman penggantungan ke atas mereka dikekalkan.