Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas gembira dengan kehadiran pemain pertahanan dari Jepun, Takehiro Tomiyasu yang sah bergelar rekrut baharu The Gunners pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas, tempoh hari.

Hadir dengan tanda harga £16 juta, bekas tonggak utama kelab Serie A, Bologna itu disifatkan Arteta sebagai pemain berkualiti yang amat diperlukan Arsenal.

Pertahanan Arsenal pada ketika ini dilihat begitu bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik selepas kelab tersebut dibolosi sembilan gol pada tiga perlawanan awal kempen Liga Perdana Inggeris 2021/22.

Sehubungan dengan itu, Arteta jelas meletakkan sepenuhnya keyakinan terhadap pemain kelahiran Fukuoka, Jepun tersebut dan menjangkakan Tomiyasu mampu untuk memberikan dimensi baharu buat jentera pertahanan Arsenal.

“Kami telah lama memerhatikannya,” ujar Arteta menurut kenyataannya di laman sesawang rasmi Arsenal.

“Kami memerlukan pemain bek sayap yang serba boleh, mampu bermain di posisi pertahanan tengah, boleh beraksi dengan sistem tiga pertahanan dan Tomi [Tomiyasu] mempunyai kapasiti untuk melakukan perkara tersebut.”

“Dia berusia 22 tahun tetapi dia mempunyai pengalaman yang cukup baik di Serie A dan peringkat antarabangsa dan itulah kualiti yang kami cari.”

“Takehiro Tomiyasu adalah pemain pertahanan yang kental dan memiliki pengalaman. Dia merupakan pemain pertahanan serba boleh dengan kemampuan bertahan yang bagus dan dia sangat tenang ketika menguasai bola,” tambah Mikel Arteta lagi.

Arteta kini jelas berada dalam keadaan tertekan selepas skuad kendaliannya gagal menjaringkan sebarang gol dalam saingan liga serta tewas bertemu Brentford dan Chelsea dengan keputusan 0-2 serta dibelasah 0-5 oleh Manchester City.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

MFL Cadang SOP Kebenaran Penyokong Kembali Ke Stadium

Jurulatih Maghribi Kecewa Ziyech Menipu: “Ini Pasukan Kebangsaan Bukan Penjara”

Gagal Dapat Kane & Ronaldo, Kini Ferran Torres Jadi False 9 Tetap City, Sudah Belajar Dari Aguero

Sumber