Beberapa media melaporkan bahawa Lionel Messi telah membantu membayar ikat jamin Ronaldinho dan abangnya sebanyak $1.6 juta ataupun lebih RM6.4 juta.

Namun berita itu terus mendapat perhatian daripada Lionel Messi sendiri. Messi menafikan sama sekali bahawa beliau yang membayarkan $1.6 juta tersebut untuk membolehkan Ronaldinho keluar dari penjara.

Ronaldinho dipenjara bersama dengan abangnya kerana masuk ke Paraguay menggunakan pasport palsu.

Kerajaan Paraguay menerima wang itu daripada peguam Ronaldinho. Untuk membolehkan legenda Barca itu menjadi tahanan rumah selepas 32 hari meringkuk dalam penjara.

Ronaldinho dan abangnya kini berada di sebuah hotel untuk menjalani hukuman tersebut sehingga perbicaraan kes beliau selesai kelak.

Messi menggunakan instagram miliknya dengan melabel berita itu sebagai berita palsu / fake news. Beliau tiada kaitan langsung dengan wang itu.

Rage-points-out-the-two-fallacies-the-Fake-news

Selain itu, Messi turut menafikan bahawa kononnya beliau sudah menerima tawaran daripada Newell’s Old Boys dan Inter Milan untuk meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini.

Messi berkata: “Apa yang mereka tulis di akhbar tenang Newell’s [Old Boys] beberapa minggu lalu adalah berita palsu.”

“Terima kasih Tuhan kerana tiada lagi yang percayakan mereka lagi.”

Lionel Messi masih berunding dengan pihak kelab tentang kontrak baharunya. Ramai penyokong Barcelona risau, krisis Messi dengan pengurusan tertinggi terutama sekali Eric Abidal akan mempengaruhi keputusannya untuk pergi.

Sebagai tambahan, dalam kontrak Messi ada klausa khas yang membenarkan beliau menamatkan kontrak pada akhir musim.

Messi merupakan legenda hidup Barcelona yang dianggap pemain terbaik di dalam sejarah kelab mereka.

Barcelona yakin Lionel Messi akan terus kekal bersama Barcelona walaupun sedar ada beberapa pasukan, termasuk Inter Milan mengintai khidmat pemain tersebut.

Baca juga berita bola sepak Eropah yang lain:

Liga Belgium Mahu U-Turn, Tak Jadi Batal Liga

Real Madrid Tak Berminat Dapatkan Semula Cristiano Ronaldo

Liverpool Dikecam Kerana Pakai Duit Rakyat