Kerajaan Thailand melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anucha Nakasai mengumumkan bahawa semua perlawanan bola sepak Thai League 1 akan disiarkan melalui saluran TV kerajaan negara itu bermula hujung Oktober nanti.
Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) ketika ini memiliki baki kontrak penyiaran perlawanan bersama TrueVision sehingga 25 Oktober 2020, namun pihak syarikat media gergasi itu tidak mahu melanjutkan kontrak berkenaan.
Kontrak semasa hak penyiaran perlawanan yang dimiliki oleh TrueVision adalah bernilai THB1.2 bilion atau RM158,355,893 untuk tempoh 3 tahun mulai musim 2018.
Anucha dalam kenyataan itu mengesahkan bahawa saluran televisyen kerajaan iaitu NBT2HD akan menyiarkan perlawanan Thai League 1 mulai 31 Oktober 2020 sehingga 14 Mac 2021.
“Ini membuktikan bahawa kerajaan telah memberikan bantuan yang penting untuk menyokong bola sepak serta sukan-sukan lain.”, menurut kemaskini dari Bangkok Post.
Dengan pengumuman ini juga bakal membolehkan seluruh peminat bola sepak di Thailand menikmati siaran bola sepak domestik mereka secara terus dan dilihat bakal memberikan impak positif terhadap industri sukan itu pasca COVID-19 nanti.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?
TERKINI: ZamSaham Sah Beli Saham TRW Sdn Bhd, Pemilik Kelantan FC Buktikan Bukan ‘Sembang Kosong’