Melaka United dikhabarkan berminat untuk membawa pulang bekas penyerang importnya, Marko Simic bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Simic dijadikan sebagai pelan B sekiranya Melaka gagal mendapatkan khidmat penyerang dari Croatia, Ivan Lendric.
Bekas penyerang Negeri Sembilan dan Melaka Marko Simic bakal kembali ke Liga Malaysia apabila berada dalam pelan B untuk perkuat Melaka andai usaha pasukan itu mendapatkan Ivan Lendric juga dari Croatia gagal.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 29, 2021
Menurut laporan Cakap Sukan, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata buat masa ini perbincangan mendapatkan keputusan dari Lendric berada di fasa terakhir.
“Keputusan untuk menandatangani Lendric akan dimuktamadkan dalam tempoh sehari dua ini, buat masa ini apa yang kita maklum kelab semasanya iaitu Zeljenicar enggan memberikan surat pelepasan kepadanya untuk berhijrah.
“Saya akan berhubung dengannya untuk mendapatkan kepastian dan keputusan, jika tiada surat pelepasan diberikan, kami terpaksa melupakan khidmatnya musim ini,” katanya.
Mengenai Marko Simic, Datuk Mohd Saiful menyatakan pihaknya sudah menghubungi kelab Simic iaitu Persija Jakarta dan Melaka berencana untuk mendapatkan khidmat Simic sebagai pemain pinjaman.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
AFC Cup 2021: Baddrol Mahu Bawa Kedah Melangkah Lebih Jauh Di Pentas Asia
Zaquan Adha Dan Lee Tuck Anggap Pembatalan Piala FA Musim Ini Relevan
Rakan Sepasukan Pierre-Emerick Aubameyang Bakal Sertai Pasukan Liga Malaysia