Kapten pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar mengakui tugas sukar sedang menanti beliau dan rakan sepasukannya apabila mereka diundi bersama pasukan yang kuat dalam saingan AFC Cup 2021.
Berdasarkan undian, KDA FC diundi dalam Kumpulan H bersama wakil dari Singapura, Lion City Sailors dan wakil Vietnam, Saigon FC. Satu lagi lawan mereka akan diisi oleh pemenang ‘play-off’ sama ada kelab dari Kemboja atau Indonesia.
Namun begitu, Baddrol tetap yakin dengan kemampuan pasukannya dan tekad bawa Kedah melangkah lebih jauh dalam saingan peringkat Asia itu.
“Saya melihat Kedah Darul Aman FC dalam kumpulan yang agak sengit sebab kelab yang diundi bersama seperti Lions City Sailors FC dan Saigon FC pasukan yang diketahui kuat, bertaraf tiga pasukan terbaik Liga Kebangsaan masing-masing.
“Saya dan rakan-rakan tetap fokus menjalani latihan walaupun sekarang kita tahu masih bejat dengan pandemik COVID-19 dan saya sendiri bertekad akan berusaha sebaik mungkin untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir zon Asean dan seterusnya ke separuh akhir Piala AFC 2021,” katanya dalam satu kenyataan.
✒ BADDROL SASAR LAYAK KE PERINGKAT KALAH MATI PIALA AFC 2021
Saya berharap penyokong memberi sokongan yang begitu padu kepada kami dan InsyaAllah kami akan membawa satu persaingan positif untuk pasukan Kedah.
Artikel penuh: https://t.co/xjqv51yEpH#kdafc #AFCCup2021 pic.twitter.com/08c9l6G0Wr
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) January 28, 2021
Saingan peringkat kumpulan AFC Cup 2021 dijadualkan berlangsung pada 14 Mei hingga 20 Mei 2021 (Zon Selatan & Timur), 23 Mei hingga 29 Mei 2021 (Zon Barat) serta 22 Jun hingga 28 Jun 2021 (Zon ASEAN) di venue yang terpilih secara format karnival.
Setiap pasukan dari zon ASEAN akan bermain dalam 3 perlawanan diikuti separuh akhir zon ASEAN pada 10 atau 11 Ogos dan seterusnya perlawanan akhir zon ASEAN pada 25 Ogos 2021.
Juara ASEAN akan kemudian akan menentang juara dari zon selatan, tengah dan timur di peringkat separuh akhir ‘Inter-Zonal’ pada bulan September 2021. Perlawanan akhir akan diadakan pada 26 November 2021.
“Apa yang paling penting, kami kena anggap tahun ini adalah satu cabaran yang sukar, sebab seperti apa yang dimaklumkan pihak AFC, kejohanan tahun ini bermain secara karnival, berlangsung di venue berpusat, 3 perlawanan dalam 7 hari, keadaan ini membuatkan kami kena kuat dari segi fizikal dan mental untuk bersaing di venue asing itu nanti.
“Saya berharap penyokong memberi sokongan yang begitu padu kepada kami dan InsyaAllah kami akan membawa satu persaingan positif untuk pasukan Kedah.” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai saingan peringkat Asia melalui pautan dibawah.
Format Karnival Jadi Pilihan Anjur Saingan AFC Champions League Dan AFC Cup 2021
Ini Mekanisme Undian Saingan AFC Champions League 2021 Yang Penyokong JDT Wajib Ambil Tahu
Mekanisme Undian Saingan AFC Cup 2021 Yang Perlu ‘Dihadam’ Peminat Kedah Dan Terengganu