Bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai calon untuk Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Kedah yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mana selain Baddrol, seorang lagi bekas ketua pasukan iaitu Muhamad Radhi Mat Din turut dipilih sebagai salah satu ‘senjata’ PN bagi mengharungi PRN kali ini.

“Tuan-tuan sekalian, (pada) 12 Ogos undilah Perikatan Nasional… (untuk) musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua profesor untuk mewakili kita, player (pemain) bola ada dah dua… ustaz (dan) ulama tak payah kira (memang banyak),dan seorang panglima (akan) duduk di hadapan (mengetuai senarai calon itu),” kata Sanusi.

Sebelum ini, Sabah mengumumkan Baddrol Bakhtiar memutuskan untuk meninggalkan pasukan dimana keputusan tersebut dibuat melalui persetujuan bersama atas sebab peribadi.

“Beliau akan sentiasa menjadi legenda di Sabah FC. Segala komitmen, dedikasi, semangat dan motivasi yang diberikan sepanjang bermain bersama Sabah FC dan seterusnya menerajui Sabah ke AFC Cup 2023 akan sentiasa dikenang.

“Dengan keseluruhan 41 penampilan dan 13 gol, tempatnya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin. Nama Baddrol Bakhtiar juga akan terpahat sebagai lagenda di Arena Bolasepak Malaysia,” kata kenyataan rasmi.

Sabah merupakan fasa baharu dalam karier Baddrol dimana ia juga merupakan pertama kali beliau meninggalkan Kedah sekaligus menemukannya kembali dengan bekas pengendali skuad bawah 23 tahun negara yang menjuarai Sukan SEA 2011, Datuk Ong Kim Swee.

Sepanjang dalam karier bola sepak, Baddrol telah memenangi kesemua trofi yang dipertandinkan dalam kancah Liga Malaysia apabila beliau mengecap nikmat sebanyak dua kali dalam menjulang Liga Super [2006/07 dan 2007/08].