Pemain tengah muda Manchester United, Scott McTominay, memberikan pendapatnya mengenai siapa lagi bagus di antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

McTominay tanpa ragu memilih Messi sebagai yang terbaik.

Ronaldo dan La Pulga saling bersaing untuk menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia dalam 15 tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua mereka bergilir-gilir memenangi trofi, bermula di peringkat kelab, pasukan kebangsaan, dan individu.

Cristiano Ronaldo telah berjaya memenangi 28 gelaran dengan empat kelab berbeza, iaitu Sporting CP, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Ronaldo juga membawa pasukan kebangsaan Portugal merangkul trofi Piala Eropah 2016 dan Liga Negara UEFA 2018/2019.

Sementara itu, Lionel Messi berjaya memenangi 34 trofi bersama Barcelona. Messi tanpa kejuaraan major dengan Argentina.

Untuk anugerah individu, Ronaldo dan Messi bersaing untuk menjadi yang terbaik. Cristiano Ronaldo telah memenangi lima anugerah FIFA Ballon d’Or / Ballon d’Or, sementara Lionel Messi memiliki enam Ballon d’Or.

Dengan pelbagai kejayaan, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sering disebut sebagai pemain bola sepak terbaik pada abad ke-21.

Tetapi bagi Scott McTominay, Messi adalah yang terbaik berbanding dengan legenda Man United.

Dalam satu temuramah esklusif dengan Sports Bible, McTominay berkata: “Messi atau Ronaldo? Tanpa ragu lagi Messi lebih baik. Saya tidak pernah melihat pemain bola sepak seperti dia dalam hidup saya.”

“Dia benar-benar luar biasa. Saya bermain menentangnya dan anda cuba bersikap kasar atau anda cuba mendekati. Dan sangat, sangat sukar,” kata pemain lulusan dari akademi bola sepak Manchester United.

Ini bukan pertama kali McTominay memuji Messi yang terbaik.

Malah beliau turut pernah girang gembira dapat bertukar baju dengan Lionel Messi.

Scott McTominay masih meneruskan kempen Liga Europa bersama pasukannya pada musim ini.

Baca juga perkembangan lain

UEL: Sevilla Singkir Wolves Selepas Jimenez Gagal Sempurnakan Penalti

Twitter Rasmi Heracles Almelo Umum Kedatangan Kai Havertz Dengan ‘Welkom Kai’

Analisis: Lukaku Penyerang Inter Paling Tajam Sejak Etoo, Dan Pecah Rekod Shearer