Bekas pemain Barcelona, Martin Braithwaite telah ponteng latihan pra musim bersama Espanyol kerana tidak mahu bermain di divisyen 2.

Baca Juga:

Braithwaite berharap kelab menjualnya ke kelab La Liga atau kelab lain di Eropah yang bermain di divisyen 1.

Dia mengemas barangnya dan meninggalkan hotel tanpa memberitahu pengurusnya.

Dan kemudian tidak menjawab panggilan telefon dari kelab. Pemain antarabangsa Denmark itu malah dilaporkan sedia untuk bersara jika tiada tawaran dari kelab lain untuknya.

Alasan kenapa Martin Braithwaite ponteng latihan pra musim benar benar mengecewakan kelab yang mengarahkan pemain itu segera melapor diri untuk latihan pra musim.

Ini kerana dia merupakan pemain profesional dan menjadi pemain penting untuk kelab itu.

Bagaimanapun, hari ini Relevo melaporkan bahawa pemain itu sedia untuk kembali berlatih dengan Espanyol untuk pra musim, namun dia akan berdepan dengan tindakan disiplin dari kelab itu.

Braithwaite menyertai Espanyol pada musim lalu selepas meninggalkan Barcelona.

Namun kelab itu menamatkan saingan di tangga ke-19 dalam carta liga membuatkan mereka tersingkir ke divisyen kedua Sepanyol.

Braithwaite musim lalu mencatatkan 10 gol daripada 31 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Espanyol.

Braithwaite pernah mengejutkan dunia bola sepak apabila dia ditandatangani kelab besar Barcelona. Namun kariernya di Barca tidak seindah yang dia harapkan.

Dia menjadi antara pemain yang dianggap oleh peminat Barca sebagai tidak layak menyarung jersi kelab itu.